Pages

Monday, September 8, 2014

Mimpi Bulan

Usai Subuh figura sang aku duduk di birai pintu. Bercangkaliwang berfikirkan nan indah mimpi semalam.

Mimpi apa ?
Kata mimpi itu "Mari ke sini kamu, di tempatmu tiada lagi bulan besar yang mengambang, kamu kan suka melihat riak bulan dalam air! kamu boleh selfie sambil 'memegang' bulan  kan !"


"Benarkah di tempat aku tiada lagi bulan mengambang, walanglah hati aku nanti !"
"Marilah ke sini kamu !" Kata suara itu lagi.

Lalu, tiba-tiba sang akal berkata
" Hoi! Kamu lupa ye tak selamanya bulan akan muncul di birai langi. kadang-kadang ia mahu santai. lelah.  kamu bukan tak tahu, cuba kamu lihat kalender, ada masa bulan muncul kecil, ada masa bulan muncul besar. kamu kena percaya akan sentiasa ada bulan walau di mana kamu melangkah selagi sebuah dunia ini tidak berakhir"

"Kamu, jangan dengar kata sang mimpi. Dia dusta. Dia mahu kamu hidup dalam macam dia, mimpi selalu tanpa mengenal realiti.

Si akal membahas hasrat aku lagi.

"Kamu tahu tak berapa beruntungnya kamu sekarang, walau tak selalu melihat bulan, tapi kamu dapat melihat bintang, dapat rasa bahang mentari. kalau kamu tak lihat dan rasa semua itu, mana kamu tahu pahitnya , manisnya, sebuah kehidupan. Hidup ini kamu tak sentiasa untung. Ada bayak keuntungan yang kamu perolehi disebalik rugi yang kamu katakan."

"Aku lihat bulan cantik ! Cantik sangat ! Percik warna umpama menerbitkan sebuah harapan!"

"Cantik ? Pernah kamu lihat bulan dari dekat ?" Lalu sang akal mentertawakan aku.

Aku pandang mimpi melambai-lambai ke arah aku.

Lalu, tiba-tiba macam ada sesuatu hinggap kat muka. Bercempera dari terus 'berbual' di alam mimpi. Rupa-rupanya sepasang kaki kecil berada kat muka daku. Oh! Memang betul-betul 'bulan' jatuh di muka.

Nah! Bila fantasi membias realiti, dikurniakan akal untuk mencari tafsir mimpi tidur atau mimpi boleh direalitikan.



Salam ketemu lagi dari :-
 

Friday, September 5, 2014

Nanar

Nanar
Memberi bukan untuk menerima
Tapi menerima memang untuk memberi





Tuesday, July 30, 2013

Mendakap Mahabbah Alam


Kembara kehidupan sentiasa bermusim dengan pelbagai cuaca kehidupan.  Duduk sekejap di tabir hari melihat kalau-kalau hujan turun di kala panas bermukim di hati sekian lama. Hati galau memikir musim hujan, kemarau dan tengkujuh. Itulah hati manusia, sedangkan Dia telah menetapkan apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya yang kita tak tahu kerana pemikiran, perkiraan manuasia membatasNya.Sungguh!

Lalu kembara kaki membawa kembali ke alam lembut umbun-umbun jatuh yang kian sunyi di mata tapi sentiasa meriah dalam hati kenangan. Benarkan kata-kata seorang pakar motivasi yang menyisipkan jika kita rasa tak okey carilah apa-apa yang boleh mengimbau ingatan anda semula ke tempat di mana anda bermula. Mendakap mahabbah alam terasa diri terapung-apung sepi seketika dari dibebani musim kehidupan. Waima sekejap! walaupun alam hanya menghidangkan panorama semak samun, tak ada hutan batu yang beragam warnanya. Entahkan ada ular, biawak bersembunyi di sebalik alam. Biarkan !

 

 Selihat wajah sendiri dalam air sambil bertanya berapa umur aku ini. Eh!

Pokok semalu yang malu bila disentuh tangan kehidupan tapi kukuh dikelilingi rumpai durjana.


Inilah si anak kampung pujaan aku. Bab 'merempit' dengan basikal roda 4 dia memang tak ingat dunia sekejap. Katanya dia anak jantan tak kisah dengan panas. Iyelah tu! Bila demam sikit 1 rumah tak boleh tidur. Jantan sangatlah tu!


Aku panggil buah letup-letup. Masa kecik-kecik dulu ikut nenek ke kebun nenas buah yang masak ranum aku petik dan makan. Aku cuba mencari buah timun hutan tapi dah tiada. Bentuk sama macam timun tapi sebesar satu ruas jari kelengking kita. Lagi satu periuk kera, lama nak jumpa.

Paku pakis. Sesiapa nak buat jambangan bunga yang ekotik boleh datang petik. Begitu juga jika mahu hasilkan hantaran yang unik lain dari yang lain boleh gunakan.

Puas aku ambil dari pelbagai sudut bunga lalang ini, tapi tetap bercahaya bila dipanah mentari pagi. Bak emas berharga terlingkung dalam rumpai menghijau. Cantik dipandang mata !

Orked hutan dicelah-celah rimbun pokok kelapa sawit. Bila musim berbunga umpama tak terlihat warna hijau, mata cuma terpandang warna unggu seluruh alam.


Riak air tenang jangan di sangka tiada hidupan asing didalamnya. Dibibirkan kerapkali aku menemui kura-kura. 
Mak pesan jangan bawak balik kura-kura tu ! 
Tapi adik aku pernah bawak balik, dah lah dikutip pada waktu magrib ketika mahu ke surau. Mak suruh dia pulangkan balik ! Tak cukup kura-kura, anak musang pun dia pernah bawa balik, katanya anak kucing. Beza anak kucing dengan anak musang ni lain sangat. Biasa baby cat ni bulu dia halus sangat tapi baby musang bulunya kasar dan bila berbunyi nampak barisan gigi2nya. Baby cat biasa belum tumbuh gigi. Agak-agak sekarang anak adik aku kenal tak anak musang ? LOL!

Aku segan nak bagi tau nama rumput ni apa. Entah apa kaitannya antara kedua-duanya. LOL

Tema pokok ini sama dengan kaduk naik junjung ! Iyelah rumput naik pokok getah. Lebih kuranglah tu!

Rumput ini digelas p\rumput israel. Masa pelihara arnab dulu ayah suruh basuh dulu rumput-rumput ni sebelum beri pada arnab, katanya arnab akan mudah sakit bila makan daun yang ada air embun. Betul ke ? Rindu ayah!

Ini aku panggil pokok senduduk. Betul ke ada orang panggil juga pokok sendayu. Sendayu Tinggi ? Ia adalah syarikat kosmetik yang dah lama bertapak di persada dunia perniagaan kosmetik Melayu. Harus dibanggakan ! Perkiraan aku makna Sendayu Tinggi di ambil dari kehidupan awal pemiliknya yang susah tiada siapa yang akan terpandang, begitu juga pohon sendayu ini di celah-celah semak siapa nak tengok. Sendayu Tinggi bila berjaya semua orang akan perasan kehadirannya. Mungkin !

Aku panggil pokok ini tenggek burung. Daunnya memang diburu penggemar ulam-ulaman. Orang kata untuk memastikan ulam tenggek burung ini sedap, perlu pastikan ulam itu bukan ulam pertama pokok itu. Maknanya kena patahkan tunas baru itu dan buang, bila tumbuh tunas baru ia jadi ulam yang lebih sedap, daun lebih lembut dan tak kaku.

 
Dulu-dulu untuk menentukan waktu solat tiada menggunakan jam, hanya berpaksikan pada bayang-bayang. Bayang-bayang aku di atas menunjukkan masih berada pada waktu Dhuha. Maka, pulanglah ke rumah bersihkan diri lalu berdiri takbiratulikram berDhuha. Lalu di akhiri dengan berdoa yang antaranya berbunyi, "jika rezekiku jauh Kau dekatkanlah !...........

Jom Dhuha!


Thursday, July 4, 2013

48 Tahun Menanti Cinta



cinta datang tanpa diundang seumur masa tercipta
dia datang bagai sakti bagai menyaksi mekar kembang pagi 
cinta datang Dengan senyuman panasnya membakar mentari

Itu antara lirik yang rasa menyentuh santun jiwa tatkala menerima pengkhabaran dari sepupu-sepupuku "Mak, nak kawin, ada orang pinang"
Yang hairan, hari-hari aku buka mukabuku, seisi keluarga dah tau, aku paling akhir tau ! Kesiannn....

Apa lagi mendengar guruh dilangit yang pasti bawa hujan, seisi alam waris Abdullah dan Maimun sibuk membariskan semula keluarga yang dah bertebaran serata alam mahu menjadi saksi pada sebuah perkahwinan setelah menanti selama 48 tahun bagi empunya diri sehingga anak-anak buah memanggil dia "mak". 

Demi juga sebuah wasiat Abdullah dan Maimun sebelum pulang ke alam satu lagi kepada waris yang tinggal agar memajliskan hari istimewa andai dia berjodoh suatu hari nanti. Akhirnya wasiat 12 tahun lalu ditunaikan dalam majlis ringkas yang menghimpunkan generasi pertama, kedua dan ketiga Abdullah dan Maimun. Malah menghimpunkan jua sayap kanan dan kiri dari generasi itu. Majlis yang cukup sederhana, penuh tradisi dilangsungkan berwalikan abang bersaksikan adik.







 

 

Gambar bawah ni tuan rumah yang sudi menjadikan rumahnya sebagai majlis walau belum pernah menerima menantu.



Bertemu jodoh dengan Sang Budiman bermakna si dia secara tuntas menjadi ibu dan nenek segera. Lalu banyaklah usik mengusik bila si cucu mencari nenek segera.

"Mak" ni memang tak pernah bersolek, kena pakai bulu mata palsu dah rimas. Lalu diyakini oleh si 'dayang-dayang' ni yang bulu mata tak akan jatuh atas pinggan time makan beradap nanti. Percayalah ! Lalu si 'dayang' mencarikan cermin besar supaya "mak" dapat tengok wajah yang selama ini tak pernah bersolek. Nah! Cermin kat ruang tamu pun boleh lah menjadi saksi. Sekitar gambar bersama cermin besar.
 




Masih diteruskan dengan acara buli oleh beradik. Selama ni kalau ada majlis dia hanya duduk didapur masak itu ini. Tapi kali ni dia diladeni bak puteri. Memang Janggal ! Boleh sedang di mekap dan beradik bertanyakan senduk lalu dia ke dapur cari senduk. Sabar aje aku !




 

Bila taukeh satey bertemu taukeh macam ni ada aje yang dikongsikan. Dari harga lidi satey yang murah tapi berkualiti sampai sekilo harga arang pun boleh jadi bahan cerita. Asasnya tentulah Abdullah dan Maimun.



Aku rasa seperti disebelah aku ni adalah OKU. Budak sebelah aku ni ada cerita lucu, masa dia baby aku dukung dia, entah macamana nak lompat longkang salah kaki, dua2 jatuh masuk longkang. He3! 

Tapi aku tak boleh lupa kisah dia dikejarkan ke klinik pada petang sebelum Aidilfitri bila jagung ayam termasuk dalam hidung. Oooo dia mungkin tak dapat bezakan antara mulut dan hidung !


Ni Si Kakak budak cermin mata tu. Jangan sedih "mak" kawin, nanti bila awak dah kawin dia sendirian tak de teman. Bagi dia berteman.


Generasi ketiga yang masih tak tau apa-apa lagi. Menangis kena buli lari-lari masuk baju mak dia, dah serupa Aiman. Apa nak buat memang dah sepupu Aiman merangkap anak buah aku !



Dan paling aku tak faham mengapa yang dah berkahwin ni gedik-gedik juga nak naik pelamin bergambar bagai. Yang hairan, anak-anak dara tak teringin pulak duduk atas pelamin. Mak-mak dara dan mak-mak bujang yang over. Mungkin sedang menghadapi krisis identiti kala menghampiri Menapouse. Mereka ni memang kena ambil Shaklee GLA Complex.

 





Benarlah kata orang ada 2 acara yang akan menemukan seluruh susur galur. Majlis perkahwinan atau kematian. Cuma yang membezakan adalah bertemu dalam suasana sedih atau gembira. Tiada pilihan. Buat Cik Pah berjodohan jua kamu !


Wednesday, July 3, 2013

Selamat Ulang Tahun !

Hari ini kamu genap 5 tahun. Banyak cerita suka duka kita kongsi bersama.

Kek oren yang dilapisi buah oren sebenar.




















Wednesday, February 27, 2013

Garisan Dan Kedutan Pengalaman

Pernah tak kita pegang gambar lama di tangan kiri dan cermin di tangan kanan dan memerhatikan wajah kita dulu dan sekarang ? Wajah kita kelihatan sedikit berbeza. Cuba mencari perbezaan itu. Ada garis-garis halus ? belum lagi. kedutan ? Cuba cari di mana kedutan, tapi tak tahu di mana kedutan itu. belum ada kedutan. Tapi kita kelihatan mtang. Di mana yang dikatakan matang itu. (Maklumlah bila dah makan bertahun-tahun suplemen kedut dan garisan malu nak muncul). Itulah yang di namakan kedutan dan garisan pengalaman kehidupan.Setiap kedutan dan garisan itu menceritakan pelbagai bait kehidupan kita. Entah berapa kali jatiuh tersungkur. Entah berapa kali berlaku penolakan. Entah berapa banyak air mata yang tumpah. Berapa berapa kali kita ketawa riang.

Lalu, adakah wujud 'pemadam' masa silam yang dapat memadamkan garisan dan kedutan pengalaman itu. Tiada. Memang tiada. Sebab boleh jadi mesin perentas masa masih dalam makmal. Yang ada bagaimana mahu mendepani pertambahan garisan pengalaman itu lagi tahun hadapan. Pilihan yang ada hanya kehidupan yang ceria dan sihat agar garisan dan kedutan realiti tumbuh tanpa dapat di kesan. Tahu-tahu sudah 50 tahun tapi Alhamdulillah masih sihat bertenaga dapat beribadat dan menabur bakti kepada masyarakat.

Salah satu suplemen yang dapat melambatkan penuaan kulit adalah Omega 3. Menurut Pakar Dermatologi Yale, Nicholas Perricon MD, Omega 3 adalah asid lemak untuk menyuburkan kulit sekaligus mengurangkan kedutan, menjadikan kulit lebih gebu dan muda.

Lagi satu senyum selalu, makan makanan berkhasiat, bersenam selalu dan perlulah sentiasa menghadapi hari-hari mendatang dengan optimis.

Saturday, February 23, 2013

Ikan dan Omega

Ikan adalah lauk yang pada dasarnya adalah menyihatkan berbanding dengan lauk yang lain kerana kandungan protein dan Omega 3 nya merupakan sumber terkaya dan terbaik EPA, DHA dan DPA. Menurut kajian, pengambilan minyak ikan yang kerap iaitu sekali atau dua kali seminggu dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit dari lelah yang kerap melanda kanak-kanak sampai bahayanya kanser. Antara manfaat daripada hasil laut dalam adalah :

  • Kanak-kanak yang suka makan ikan jarang mendapat asma
  • Makan ikan setiap minggu dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. Sebab ia mengurangkan pembekuan darah inflamasi, memperbaiki keanjalan pemuluh darah, menurunkan tekanan darah, menurunkan lemak darah dan menggalakkan kolestrol baik. Selain itu ia juga dapat memecahkan darah beku sebelum ia menjadi lebih mudarat.
  • Kandungan Omega 3 dalam ikan juga menyumbang kepada kesihatan tisu dan retina mata bukan sahaja kepada bayi, tetapi kepada ibu juga.
  • Menurut para penyelidik yang diterbitkan di Artritis Today menyatajan Omega 3 baik untuk menghidap artritis sebab ia bukan sahaja membantu menentang inflamasi, malah apabila berada dalam tubuh ia ditukarkan kepada sebatian antiradangan.
  • Bagi pesakit kencing manis pengambilan ikan yang mengandungi Omega 3 dapat membantu melaraskan paras gula darah.
  • Pengambilan Omega 3 sekali dalam seminggu membantu mengurangkan risiko menjadi nyanyuk
  • Omega 3 ini juga membantu mengurangkan risiko osteoporosis terutama kepada wanita yang telah mencapai usia menopaus.
  • Omega 3 juga dapat membantu mengurangkan risiko dari 3 jenis kanser iaitu kanser prostat, kanser payudara dan kanser usus.
  • Wanita yang kerap ambil ikan sebagai hidangan kurang berisiko melahirkan bayi pramatang. Selain dapat mengurangkan bahaya tekanan darah tinggi sewaktu hamil dan kemurungan selepas bersalin atau dalam masyarakat kita dipanggil meroyan. Malah, bayi yang ketika dalam kandungan dan bayi yang ketika tempoh penyusuan ibunya suka makan ikan yang kaya dengan Omega 3 bukan sahaja cerdik, tetapi juga akan sentiasa ceria dan riang.
  • Bagi mereka yang punya masalah kesuburan, pengambilan minyak ikan dapat membantu mengimbangi dan memperbaiki paras hormon serta meningkatkan aliran darah ke rahim. Semakin banyak asid lemak Omega 3 diperorehi, semakin tinggi peluang mengandung.
  • Omega 3 dalam ikan adalah sangat baik untuk kesihatan kulit, kerana ia melembamkan kulit dan mencegah daripada kekeringan dan berkuping.

Wow! banyakkan khasiat ikan ni ? Namun faktor pencemaran laut pada hari ini memungkinkan kita juga menerima bahana dari aktiviti memuntahkan sisa bertoksik ke dalam sungai lalu di bawa ke laut. Contoh kehadiran merkuri dalam ikan. Malah dikatakan ikan yang tidak bersisik mengandungi kadar merkuri yang tinggi berbanding ikan yang tidak bersisik. Itu belum lagi kandungan berbahaya seperti plumbum, arsenik, kadmium, dioksin,dan Polychlorinated biphenyl (PCB) yang merupakan bahan kimia industri yang sangat bertoksik.

Selain itu cara kita memasak ikan juga akan menjejaskan protein dan Omega 3 nya. Sebab seperti yang ramai antara kita tahu, protein mudah termusnah apabila di masak pada suhu yang tinggi, apatah lagi apabila kita masak ikan yang biasanya perlu dididihkan.

Cara masak ikan yang paling sihat adalah dengan di bakar dalam ketuhar dan tempoh memasak yang paling lama adalah 20 minit, itu pun untuk ikan yang punya ketebalan 4 cm. Ikan juga sesuai di panggang, paling lama adalah 15 minit untuk ikan bersaiz 2 cm, goreng dengan minyak yang sedikit atau dalam istilah kulinari adalag tohor, paling lama adalah 13 minit untuk ikan yang tebalnya 4 cm.Bagi ikan yang dikukus, paling lama adalah 14 minit untuk ikan yang tebalnya 4 cm. Bagi ikan yang dicelur pula, paling lama adalah 15 minit, iaitu ikan yang berketebalan 2 cm.

Bagaimana pula cara dan tempoh masa anda dan saya memasak ikan ? Rasa-rasa lagi lama digoreng dalam kuali berminyak penuh lagi rangup dan sedap bukan ? Malah bagi sesetengah orang, ikan perlu di masak lebih lama bagi mengurangkan rasa hanyir.

Jadi, bagaimana kita nak dapat semaksima yang boleh khasiat minyak ikan Omega 3 tersebut tanpa mengambil risiko hasil pencemaran laut ? Sudah pasti ramai antara kita yang mengambil suplemen minyak ikan dalam diet pemakanan. Namun pastikan minyak ikan yang kita pilih melalui kaedah ultratulen bergred farmaseutikal iaitu minyak ikan itu melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid Omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi dan menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti di atas.

Lalu, saya dan keluarga memilih Shaklee Omega Guard sebagai salah satu suplemen harian. suatu harga yang berbaloi dengan kualiti dan khasiatnya.


Jika anda nak dapatkan Shaklee Omega Guard hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my