Pages

Thursday, April 30, 2009

Antara pengetahuan dan pengalaman

Bila membaca pelbagai coretan disini aku juga ingin mencoretkan pengalaman sebagai ibu bekerjaya dan juga fully breastfeeding kepada putera idaman Malaya aku. Pada pendapat aku yang tak seberapa ini amatlah penting setiap ibu yang mahu menyusukan anaknya sehingga sekurang-kurangnya berusia 2 tahun amat perlukan pengetahuan, pendidikan bagi membangkitkan pengalaman yang boleh dikongsi dan diguna pakai oleh orang lain.
Ada sesetengahnya sanggup bertanya di 'kaunter pertanyaan' yang salah. Tak salah bertanya pada orang-orang lama yang berpengalaman, tapi biarlah ajarannya betul, tepat dan berpengetahuan. Oleh kerana itu, kita juga mesti melengkapi diri dengan ilmu agar nanti jadi orng-orang lama yang berpengetahuan dan berpengalaman. Biar anak cucu kita tak salah merujuk 'di kaunter pertanyaan'.
Tak semestinya orang yang beranak ramai itu berpengetahuan dan berpengalaman. apalah sangat pengalaman beranak ramai berbanding beranak sedikit tapi berpengetahuan dan masih lagi menggali ilmu pengetahuan....

No comments:

Post a Comment