Pelikkah si adik kerana kakak masih menyusukan bayi. Mungkin terfikir kat benak si adik yang si kakaknya TIDAK MAMPU dan TIDAK BERDUIT untuk membeli susu formular. Kesian agaknya melihat si kakak dalam keheningan subuh mengepam. Mungkin si adik lupa bahawa dia pernah merasai susu ibu selam 5TAHUN tanpa dipersoalkan oleh sesiapa. Dan kerana susu ibu juga dia menjadi hebat seperti hari ini.
Mungkin dia sudah lupa tentang lazatnya susu ibu kerana dalam poket telah banyak benda dan mampu BERDIKARI. Sedangkan si kakak tidak ada apa-apa yang boleh dibangganya sepanjang hayatnya ini. Maka dengan pantas mengatakan kakaknya tidak MAMPU BERDIKARI.
Mungkin juga dia lupa kakaknya yang TAK BERDIKARI ini lah yang membantu si adik masa kesempitan dulu. Lalu si kakak berkata dalam hati ' biarlah aku berikan susu ibu untuk zuriatku, dan biarlah DIA YANG ESA mengetahui segalanya dan memang hanya dia yang tahu segalanya tentang erti berdikari'.
No comments:
Post a Comment