Pages

Friday, June 5, 2009

Klinik Desa

Sungguh geram + menyirap darah aku dengan gelagat seorang nurse kat sebuah klinik desa semalam. Sungguh menjengkelkan. Aku hantar Danish untuk pemantauan bulanan. Nurse tanya adakah aku masih fully bf. aku cakap. Yes! Dia suruh aku top up dengan formular milk cz dia kata tak cukup takat bf. Siap cakap if baby tak mahu formular sila bagi susu sejat. Cz berat Danish tak naik sangat. 2 month ago berat dia 7.8kg dan semalam naik jadi 8.2kg sahaja. Dia ask if baby tak mahu makan nasi sila bagi bubur m*ggie. Dia kata sedap. Aku dah tak dapat menahan kemarahan aku pada kat itu. Dengan selama aku sound bukan ke baby bawah 2 tahun tak elok makan yang ada garam dan gula. Bubur m*ggie kita tahukah apa ada dalamnya. Gula n garam CONFIRM. Tu belum lagi cik aji no mo to. Terdiam nurse tu.
Oh please la Kementerian Kesihatan jangan jadikan orang macam ini berkhidmat dengan masyarakat. Andai orang yang diberi nasihat itu seperti aku, selamat anak, if hanya mengikut? bagaimana?
Mengikut apa yang aku baca, berat anak aku adalah NORMAL ! Peningkatan berat yang sedikit bukan kerana susu ibu yang tidak lagi berkhasiat, tetapi bertambah n panjang akal anak aku. Sudah mula merangkak, mengemas dan sekarang belajar memapah. Alhamduliliah anak aku sihat, dah lama tak demam, selsema pun jarang kena. Seingat aku last dia selsema adalah bulan Feb. Dan last dia demam bulan Nov. 08. Itu pun kerana suntikan.

No comments:

Post a Comment