Apa yag kita tahu bila disebut 'gula' ? Anda terbayang gula pasir, gula merah. gula perang, gula-gula ? Tahu tak yang gula pada hari ini dalam industri pemakanan mempunyai nama yang lebih canggih selain gula? Mengapa, tak percaya?
maltosa, sukrosa, fruktosa,molasses, laktosa, maltosa, galaktosa,glukosa atau apa sahaja yang berakhir ejaan dengan osa dalam Bahasa Ibunda dan -ose dalam Bahasa Inggeris adalah gula.
Bagaimana kita nak tau apa yang di istilahkan sebagai RENDAH GULA dan BEBAS GULA kerika keluar membeli belah. Saya pun baru tahu. ha! ha! ha!. Mari kita semak sama-sama.
Rendah Gula - Mengandungi hanya 5gm bagi 100gm berat makanan dan 2.5mg gula dalam 100ml minuman
Bebas Gula - Mengandungi tidak lebih dari 0.5 gram gula dalam 100gm ATAU 100ml makanan/minuman
Bagi yang memberikan anak susu ibu mungkin tak payah fikir-fikir susu formula apa yang kurang gula. Secara peribadi 'bayi' saya masih menyusu dengan susu ibu walaupun sudah hampir menjangkau 3 tahun, tetapi saya juga memberikan susu segar yang di pek kecil-kecil sebagai persediaan bila besar nanti mudah-mudahan akan terus menyukai susu. Susu kan minuman Sunnah Rasullah!
Oh! berbalik pada cerita asal sebelum saya merepek, ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi dengan susu ibu boleh tengok kat web bawah ni berapa banyak gula dalam susu formula bayi anda!
http://www.semakgula.com.my/
Oh! ye ada satu lagi, karbohidrat itu juga adalah gula! Bermakna makanan berkanji seperti pulut, beras, gandum, jenis-jenis ubi seperti ubi kentang, keledek, ubi kayu, keladi juga akan menukar menjadi gula ye!
No comments:
Post a Comment