Hari Keluarga RISDA 2011 kat Desaru Sabtu dan Ahad lepas. Perjalanan jauh yang cukup meletihkan, hilang bila melihat permandangan yang indah ditambah penginapan yang saya kira cukup selesa untuk lebih kurang 50 buah kelurga menginap. Usah mimpikan hotel taraf 5 bintang untuk sebuah percutian keluarga yang percuma ini. Terima kasih untuk penganjur iaitu KERISMA.
Gambar awal pagi saya rasakan amat indah.... Usai Solat Subuh, saya halakan lensa kamera mencari Sang Mentari setelah semalaman ia menghilangkan sinarnya. Sekeping gambar mampu merencanakan beratus patah perkataan. Tepatlah kata Sang Pujangga itu. Nah! Untuk tatapan minda kalian.
Dua keping gambar ini saya ambil sekitar pukul 6.40 pagi |
Empat keping gambar ini sekitar 7.00 pagi |
Gambar aktiviti sepanjang Hari Keluarga RISDA akan saya masukkan pada catatan akan datang.
No comments:
Post a Comment