Pages

Tuesday, June 28, 2011

Ulang Tayang.....

Minggu lepas adalah 'edisi' memenuhkan agenda Mesyuarat Agong di sana sini. Selaku pemerhati yang tegar ada satu benda yang menarik perhatian saya.
Tentang juruaudit yang dilantik untuk membentangkan laporan audit! Nak tau kenapa? hasil dari pemerhatian aku, ada karektor juruaudit yang sama saja ketika menghadiri Mesyuarat Agong, walaupun dari syarikat yang berbeza. Seolah-olah ulang tayang karektor juruaudit. Apa yang sama?

Lelaki yang rambut pra-ada - sebahagian besar. 

Tapi yang betul-betul sama:-

Memakai jaket hitam berlambang syarikat juruaudit yang diwakili,

Gemar duduk di suatu sudut sambil ditangannya ada kalkulator besar. Tangan asyik menekan-nekan butang kalkulator. Entah apa yang dikira. Nak kata buat persediaan berkaitan mesyuarat, tak nampak pulak sebarang buku atau kertas nota.


Mungkin kawan-kawan yang ambil Master Sosial Work boleh buat tesis tajuk
"Karektor Juruaudit ketika Mesyuarat Agong adalah sama: signifikankah?"



Atau sebenarnya mereka nak KAWAL GEMENTAR?!





2 comments:

  1. pemegang ijazah social work memang berbakat menjadi pemerhati. dan cerita ini mengingatkan saya dengan apa yang kita pernah belajar dulu 'tingkahlaku manusia dalam persekitaran sosial'.
    hmm...jom ambik master social work

    ReplyDelete
  2. Tingkahlaku manusia dlm persekitaran ? sapa ajar ye kak? Prof Makzan kah? Kalau saya ambil Master bukan sebab mahu kerja hebat tapi kerana ilmu(sungguh klise kan?). Buat masa ini mash belum mampu dr segi kewangan lah kak!

    ReplyDelete