Pages

Tuesday, July 12, 2011

B-e-r-s-i-h

9 Julai adalah waktu yang sesuai. Yang kerja makan gaji tidak bekerja, Yang sekolah pun cuti. Jadi eloklah boleh laksanakan upacara 'bersih'. Mula-mula sediakan sarapan untuk semua orang, selepas itu bawa besen letak di bonet kereta, air masak dalam botol 3 liter jangan juga dilupa. Maklumlah cuaca panas nak berjalan berpusu-pusu di celah-celah orang ramai. Duit jangan lupa- kalau tidak hendak membeli bagaimana!? Hidupkan enjin kereta selepas itu pergi tempat yang dituju.

Parkir kereta di tepi jalan. Dukung Danish sebab orang semakin ramai. Kemudian nampak penjual daging, beli daging dan tulang untuk dua kali makan. Pergi ke tempat penjual ikan, beli tenggeri, parang dan ikan kecik-kecik untuk kucing. Kemudian pergi tempat penjual sayur beli pelbagai jenis sayur untuk bekalan selama seminggu. Penat? Kita pergi 'ngeteh' kat kedai makan kejap makan 'poti canai' atas permintaan Danish. Okey selesai! Dalam perjalanan balik singgah kedai ayam beli 6 ekor ayam yang setiap satunya berat 4kg untuk buat satey.

Sampai rumah kita buat upacara 'membersih' rumah ye! Susun mainan yang bersepah-sepah, sapu habuk yang diperam selama seminggu di celah-celah, kemudian mop. Selesai ! Kejap aje tersusun, tak sampai 2 jam bersepah balik!

Selepas itu operasi memasak bermula ! Menu pemalas. Tom Yam Asing-Asing 3 Periuk - Cara menyediakannya, masak air yang telah di campakkan lengkuas, halia, serai dan bawang putih yang telah diketuk, dah didih masuk ayam dan garam. Setelah ayam masak, masukkan sayur + air limau dan daun limau purut.

Siap! masukkan periuk kecik -tulis kat tutup periuk "ini tom yam Danish-tak pedas". Kemudian baru masukkan rempah dan lada - Asingkan lagi dalam periuk kecik jugak - tulis "ini mak punya tak ade cendawan" ha.. yang dlm periuk besar tu barulah letak cendawan.
Itulah resepi Tom Yam Asing-Asing 3 Periuk.

Siap masak jemput semua orang makan kemudian, sebahagian tidur dan aku cucuk satey di dapur bersama mak!

Umpp! Selesai sudah jadual padat 9 Julai 2011! 

No comments:

Post a Comment