Pages

Wednesday, July 20, 2011

Catatan Seorang Perempit Jalanan Junior!

Pagi tadi aku melalui jalan disebuah sekolah pada pukul 8.00 pagi. kanan kiri bahu jalan sekolah itu penuh dengan kereta. Kereta siapa? Kereta budak-budak sekolah lah tu! Sebab pelajar sekolah tidak dibenarkan parkir dalam kawasan sekolah ! Bermakna pelajar sekolah itu telah memiliki lesen kereta pada umur 17 tahunlah!
Aku? aku punya lesen kereta pada umur 26 tahun. Itu pun setelah menyimpan duit bawah bantal dengan 'sungguh-sungguh'!.
Lepas tu ambil lesen kereta sebayak 3 kali baru LULUS!
Kali pertama ujian gagal pada kedua-dua bahagian, kali kedua gagal di ujian jalan raya, kali ketiga baru LULUS. Rasa macam boleh buat kenduri sekampung. Lulus aje lesen bos aku cakap,
"Ko pegi belajar bawak Kembara tu!"
Apa lagi ? Bagai orang mengantuk di sorong bantal. Mula-mula pandu kembara 80km/j rasa macam dah laju sangat. Tapi bangga la kerani cabuk boleh pandu kereta pejabat sesuka hati.
Ada suatu cerita aku tak tau parkir dekat pejabat pos, aku minta seorang pak cik berbangsa India tolong parkirkan. ha!ha!ha! bila ingat-ingat aku terasa ketawa sendiri!

Itulah kereta pertama yang aku pandu selepas kancil di sekolah memandu.

Cerita tentang kereta ni, kadang-kadang aku hairan kenapa bila kita beli sesuatu kereta tu, orang akan cakap
"Kenapa beli kereta ni, kenapa tak beli kereta itu!"
Mereka bercakap macam nak tolong bayarkan saja, padahal sekadar nak mengapi-apikan supaya kita rasa tersalah pilih kereta, sedangkan dari awal kita dah kaji dari pelbagai sudut.

Kajian pertama yang dilakukan adalah menjurus kepada persoalan BERAPA BANYAK DUIT YANG KITA ADA, dan di bawah topik ini ada subtopik- nak bayar deposit, ansuran, service cukai dan insuran (makin besar kereta makin besar RM perlu disediakan untuk ketiga-tiga item ini). Mungkin yang berkata-kata itu punya uang yang dapat membereskan Kajian Pertama itu dengan hanya kelip mata. Sekarang aku memandu VIVA saja. Kereta yang kecil. Walau ada yang berkata,
"Takut naik kereta kecil sebab rasa tak selamat dan bergoyang-goyang!"
 Tapi kereta ini saja yang aku mampu milik dan bayar serta tidak memeningkan dari segi pelbagai sudut!








No comments:

Post a Comment