Pages

Friday, July 22, 2011

Satey Masam

Sekitar pukul 9.30 malam bapa buka peti beku, tiba-tiba dia berkata
"Satey dah cair ! Bau busuk!"
Maka berlarilah aku tengok. Bau jangan cakaplah. Tengok suis berada pada tempat yang sepatutnya. Bila periksa lampu peti beku, memang tak menyala. Ada dua kebarangakalian, samada peti beku rosak atau suis yang rosak. Cuba tukar ke suis lain. Barulah lampu peti beku menyala. Sahlah! suis rosak. Bapa berwajah bungkam, dengan kesihatannya yang semakin menurun dia terduduk.
"Esok ada orang mahu ambil satey, macamana? sempat ke kalau nak buat semuala?"
Pertanyaan bapa tidak terjawab.
Emak periksa peti beku lain dan mengeluarkan isinya satu persatu.
"Cukup untuk esok, tapi yang tinggal cuma satey ayam, satey daging semua rosak!"
Maka kalut-kalut la anak beranak membersihkan peti yang 'MC' itu. aStey yang rosak mula dikeluarkan.
"Banyaknya.... seribu ada ni...." Kata bapa
Emak diam saja, sambil tangan ligat keluarkan satey-satey sambil kepala menerawang jauh.
Setengah jam berlalu...
Peti beku siap dibasuh segala isi dalamnya, kemudian dilap dengan titisan vanila. Satey yang rosak dilonggokkan di satu sudut.
Biarkan....
---------------------
Pagi-pagi lagi lepas pulang dari surau ayah longgokan di tempat pembuangan sampah
"Nanti kita bakar dengan pelepah sawit"
--------------------
Jadi petang itu untuk tempahan, memang tiada satey daging. Beritahu orang yang menempah, dia cakap,
"Tak apalah, asal ada. Ayam bagus juga! yang makan orang-orang tua, tak ada gigi !"
(walaupun sebenarnya satey daging tak liat, sebab gunakan daging yang berkualiti, tapi memang tak ramai yang order satey daging sebab takut liat)
Semalam aku pulang awal, membantu bakar satey ayam.
Sambil bakar satey mak bersuara,
"Apalah dengan rugi seribu cucuk berbanding untung yang kita dapat selama ni. Orang yang berniaga kan biasa rugi. Tapi biasanya untung lebih banyak dari rugi"
Em.... Emak nak sedapkan hati ayah.
Janji pada empunya akan dihantar selepas Magrib dan Alhamdulillah belum pukul 7 malam telah siap dibakar 1400 cucuk.
lepas hantar satey lepak kat Parit Sulong....Memang dasar kaki jalan!


Tinggal bakar saje..





4 comments:

  1. saya pernah terbaca dari mana mana artikel @ buku motivasi bisness, kerugian dalam perniagaan selalunya akan dianggap sebagai 'yuran kursus'.

    ReplyDelete
  2. Yup! sebab ia pengalaman berharga kak.

    ReplyDelete
  3. nak dapat lagi banyak tu. :D

    -knv-

    ReplyDelete
  4. knv
    Aminn. Doa tu KNV nak dapat banyak lagi!

    ReplyDelete