Pages

Tuesday, August 2, 2011

Makan Bertemankan Tema Separa Arabic Night

Bagi menunaikan janji pada kak cik untuk snap gambar kat restoren ni, jadi empat hari sebelum Ramadhan lalu saya telah menikmati hidangan atas tujuan untuk menjamu tekak sendiri sambil ditemani sang ikan laga yang diletakkan di atas meja makan serta kamera. Khas untuk Kak Cik. Hik! Hik! Hik!

O lupa nak bagi tau, saya makan di Mann Catering yang terletak di Jalan Joned, Muar. Restoren ini mempunyai beberapa rangkaian restoren lagi antaranya Mann Station. Konsep Mann Catering lebih santai dan terbuka. Selesa pun selesa tak panas. Dibuka seawal 7.30pagi waktu tak puasa la ye! Menu ala kampung. Kalau waktu pagi ada jual cengkodok, lempeng pisang, kelapa dan roti boyan. Kadang-kadang menu ni ikut hari.



Ketika gambar ini diambil pihak restoren sedang menghias bagi menyambut Ramadhan dan kali pertama mereka menganjurkan Buffet Ramadhan. Tema yang dipilih adalah Arabic Night! Tak dapatlah nak snap keseluruhan tema ni sebab belum siap sepenuhnya. Cuma hiasan syiling yang dah siap!




Apa saya makan? Nasi beriani. Satu set berharga RM 5.00 untuk ayam dan RM6.00 untuk kambing. Pada saya berpatutan, sebab ayamnya besar dan serius tak abis meratah ayam. Errr... ataupun saya sebenarnya telah 'terbau-bau' Ramadhan!



Dengarnya Buffet Ramadhan disana berharga RM22.00 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak bermula 5 Ogos 2011. Kalau saya tak silap! Kalau sesiapa ingin berbuka di luar dan tinggal disekitar Bandar Muar atau baru sampai ke bandar Muar bolehlah ke Mann Catering.

2 comments:

  1. heh he
    sedapnya nasik tu...insyaAllah, kalau ada rezeki saya, sampai lah saya kat sana

    ReplyDelete
  2. Meh Kak Cik jemput. Mann Catering pun ada homestay dan chalet.

    ReplyDelete