Pages

Friday, November 4, 2011

Mode Menjadi Homeless !

Akhir-akhir ini rasa tidak aman telinga aku bila di pejabat. Sebelah pejabat sedang melakukan renovation kalau tak silap untuk mengubah kedai itu menjadi vegetarian food restaurant. Dari pagi sampai ke petang macam-macam bunyi ada. Sekarang bunyi alat penebuk lubang sedang berkedumang! Bila mahu selesai ni...

Cuba bayangkan dengan bunyi yang mengganggu situasi ditambah sesekali bila lori besar lalu terasa bergoyang-goyang pejabat aku ni. Terasa aku duduk di bawah kolong projek perumahan yang tak siap! Atau lebih tepat homeless! Jika di pandang dalam konteks Malaysia homeless punya dua maksud iaitu mereka yang tiada rumah atau golongan gelandangan. Maksud kedua punya rumah tetapi tidak sesuai dijadikan tempat kediaman. Sepuluh tahun yang lalu aku pernah buat presentation bertajuk Homeless Dalam Konteks Malaysia ketika peringkat Ijazah Sarjana Muda. Asyik kena kutuk saja dengan 'mahasitua'. Sedia maklum mereka punya pengalaman kerja yang luas sebelum kembali ke lapangan ilmu, jadi mereka gunakan kepakaran itu untuk buli pelajar yang diperingkat umur anak-anak mereka. Ah! Tinggal kenangan manis untuk dirindui.

Sekarang sedang berlakon mode homeless! Syyyy....






No comments:

Post a Comment