Terlupa yang saya melakukan tugasan luar di Melaka pada hari Jumaat lepas menyebabkan lencongan perlu dilakukan, memandangkan agensi yang ingin saya berurusan berehat lama pada waktu tengahari. Lalu kaki di atur ke Jusco. Mula hanya jalan-jalan di bahagian barangan dapur, tetapi telah menemukan saya dengan bahan makanan ini.
Kita tengok juga kandungan nutrisi dalam bihun tersebut.
Ia mengenyangkan sebab mengandungi fiber yang boleh membantu memperlahankan karbohidrat dari bertukar menjadi gula dengan cepat. Cara memasak sama dengan bihun biasa, dan rasanya juga sama dengan bihun biasa. Harga juga tidak jauh berbeza dengan bihun biasa. Selain di Jusco, ia boleh didapati di pasaraya besar yang punya bahagian 'healty food'.
No comments:
Post a Comment