Seorang teman yang di beri nama Kak Pah oleh kawan-kawan sekursus. Kenapa? Pada suatu malam, ketika sedang diskusi dia datang lambat, baru balik 'Makan Malam Kolej Kediaman' katanya. Tiba-tiba tidak semena-mena dia duduk ditangga PKP UUM lalu menyanyikan lalu Syarifah Aini. Serius terkejut ! Iyelah tak hujan, tak panas, apalagi ribut, tiba-tiba dia menyanyi. Apa lagi masing-masing katawa guling-guling. Sejak itu dia di gelar Kak Pah apatah lagi faktor tubuh badannya.
---------
Dua tahun sudah Kak Pah menelefon aku di kala jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam. Adakah hajatnya? Barangkali mahu menjemput ke majlis perkahwinannya. Rupanya sekadar ingin melepaskan rasa rindu pada aku. Katanya. Walau tidak begitu rapat, cuma persahabatan menjadi sedikit erat di penghujung usia pengajian di kampus biru kuning itu. Lama bersembang, tentang masa lalu, tentang kehilangan yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Kadang-kadang perbualan menjadi begitu rancang, kadang-kadang membiarkan sunyi sepi. Kata orang bila sedang berbual-bual tiba-tiba sunyi sepi tanpa Malaikat lalu. Benarkah?
Tiba-tiba Kak Pah berkata "Rin, kawan-kawan kita semua dah kawin, tapi Kak Pah ni tak de siapa yang nak. Kak Pah gemuk!"
Lalu ku katakan begini padanya "Kak Pah, yang kurus pun ramai lum kawin!"
Lalu disambut oleh hilaian Kak Pah. Mungkin dia tau kata-kata itu sekadar menyedap rasa dihujung talian.
---------
Setahun lepas itu, pada Disember juga, Tak silap aku pada 19 Disember 2010 Kak Pah mengirimi aku sms mengatakan dia telah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan. Ku sambut rasa syukur. Sekurang-kurangnya aku tak mati akal untuk mencari alasan untuk setiap persoalannya lagi tentang jodoh.
---------
Pertengahan November 2011 Kak Pah mengirimi kad jemputan berwarna merah lengkap dengan peta. Walaupun aku telah mengetahui tarikh pernikahannya tuhuh bulan lepas. Bagus Kak Pah dan bakal suaminya. Tidaklah dua minggu sebelum nikah baru terkocoh-kocoh mahu mencetak kad jemputan! Semuanya rapi dengan perancangan!
Pada hari kebesarannya itu aku bersyukur dapat menghadirinya. Dapat juga bertemu Mai sekeluarga. Sayangnya tidak sempat bertemu Don sekeluarga.
Pengantin tak siap berdandan, maka kena edit gambar sebab aurat kan? |
Kak Pah selamat pengantin baru, mudah-mudahan diberkati Allah setiap saat.
macam biasa nampak kawan rinn ni tapi tak pernah bertegur sapa, cuma berbalas senyum. nama penuhnya siapa?
ReplyDeleteYang kahwin ke kak ? Nama penuh Farizan. Yang Mai ni akak kenalkan? Kan berjiran kt Pernas dulu.
ReplyDelete