Pages

Monday, February 20, 2012

Apa Yang Senang Dalam Hidup Ini ?

Saya merasa sangat hairan bila orang cakap begini, "Kerja yang paling senang dan mudah untuk seorang wanita adalah GURU!" Serius saya hairan! Sebab saya tak nampak di mana mudahnya. Benar-benar mahu mendidik anak bangsa bukan semata-mata kerana WANG. Teringat seorang kawan, menjadikan amalan Solat Tahjud setiap malam DEMI memudahkan urusan mendidik anak-anak. Biar terang hati anak didik dan setiap yang di ajar mampu didakap kemas dalam memori anak didik. Alasan sebab cuti banyak adalah tidak masuk akal. Paling utama, cuti di sekolah bukan bererti cuti kerja-kerja rumah bagi seorang guru!

Saya percaya tiada yang mudah dalam dunia ini. Makan dengan tidur aje yang senang. Pernah dengar ? Betul ke ? Tiba-tiba teringat seorang pensyarah wanita ketika di zaman kampus dulu. Katanya siapa kata makan dan minum itu senang ?

Pernah tak kita ke gerai makan lalu berulang kali kita mundar-mandir mencari apa yang sedap untuk di makan ? Kalau di Hentian R&R di 10 gerai, semua kita lalu tapi masih tiada apa yang memikat selera. Jadi di mana logiknya paling senang makan ?

Kalau kata tidur senang, semudah letakkan kepala di bantal lalu terlelap ? Kadang-kadang tak semudah itu. Mahu tidur fikir itu ini. Terkebil-kebil. Lalu ambil getah karat lastik cicak ! Sudahnya, bangun solat, mengaji - cuba lelap enggan juga mata terlelap. Lalu buka laptop dan tulis blog pukul 3 pagi !

Kan, apa yang senang ?!

2 comments:

  1. Betul sangat rin. tapi jangan jadikan susah sebagai alasan untuk tidak berjaya pulak, kan...

    ReplyDelete