Saya terpanggil berbicara kerana orang mengatakan adik beradik sikit tak boleh berdikari di sini. Pada pendapat saya tak kira adik beradik sikit atau ramai, tetap perlu di ajar berdikari. Ia perlu dilatih sejak kecil lagi. Bermula dengan perkara-perkara yang mudah. Contohnya mengemas tempat tidur, membasuh pinggan atau baju.
******************
Ada yang menganggap dengan menghantar anak ke sekolah berasrama akan mengajar nak bedikari. pada saya silap. Ia hanya sebahagian cara berdikari dan mengajar anak bagaimana untuk bersosial dalam masyarakat. Ada sesetengah ibu bapa menghantar anak ke sekolah berasrama tetapi tetap datang pada hujung minggu untuk mengambil baju kotor dan datang balik dengan bawa baju bersih yang telah siap di iron. Adakah itu berdikari ? Tidak. Lainlah sekiranya ibu bapa tidak menolong mencuci dan iron baju.
*****************
Berdikari boleh dididik dirumah. Dengan membantu ibu melakukan kerja-kerja rumah walau tak sempurna. Dari belum sekolah kita telah didik untuk sama-sama membuat kerja didapur walau anak kita lelaki. Sekurang-kurangnya dia tau betapa penatnya membuat kerja rumah saban hari yang memenatkan. Mudah-mudahan berkekalan sehingga dewasa.
No comments:
Post a Comment