Pages

Friday, February 17, 2012

Bila Pelanduk Sudah Punya Kad Pengenalan

Bila sebut pelanduk mesti terfikir, "Pelanduk Dua Serupa" yang membawa maksud seseorang yang berwajah sama. Jika pertama kali mesti kita tenung-tenung dia. Betul ke dia ? Eh! Bukan ke dia kat sinun! Takkan kat sini pulak!? Kalau kita ternampak pelanduk dua serupa adalah seorang pelakon, maka kita kan tonton drama lakonan dia dari Episod 1 sampai ke sudah. Tak cukup dengan itu tengok lagi kat You Tube. Siap boleh hafal dialog dia lagi, maklum tengok beratus kali. Isk! Isk! Hebat penangan pelanduk ni.

Biasa yang kita rasa sangat excited dengan pelanduk ni mesti seseorang yang kita cukup rapat dan kenal. Kalau takat kenal-kenal, ajak-ajak ayam makan, tak de maknanya nak excited sampai macam tu. Mesti dia seorang yang istimewa atau musuh ketat yang pernah buat kita tersungkur ketika zaman remaja dulu. apa dia buat hanya kita yang tahu. Teringat saya SMS Kak Chik @ Kak Nusrah bila bercerita tentang pelanduk kepadanya."Sedih... parut lama, belum boleh melepaskan dan memaafkan?" Pada saya memaafkan tidak perlu menyebut, kerana ia tidak ikhlas. Bagi tuan punya yang melakukan kesalahan pula rasa macam nak buat salah lagi, sebab dia kan pemaaf. Maafkan dalam hati. Tapi untuk melupakan adalah tidak! Biar ia tersimpan dalam kanvas lukisan lalu yang akan di bingkai dan di patrikan untuk dijadikan cerita pada anak cucu suatu hari nanti. Ehemmm!

Bagaimana anda jika terjumpa pelanduk yang berwajah sama dengan anda? Secara peribadi saya pernah terjumpa pelanduk berwajah saya di Hospital Pakar Sultanah Aminah. Saya pandang dia, dan dia pandang saya. Tapi dia imbasan saya ketika awal 20-an lalu. Tersenyum. Tapi tak sempat menyapa.  Dari gaya dia mungkin kakitangan hospital. Tapi tidak pasti samada dia seorang doktor, bahagian pentadbiran atau seorang Pekerja Sosial. (pekerja sosial jangan di lupa, base line saya)

Tapi jika pelanduk sudah miliki kad pengenalan, mesti sudah tak glamour pelanduk lagi. Sebab bila salah orang tak boleh nak berkata "Maaf, salah orang, saya ingat awak dia. Rupanya pelanduk dua serupa!". Sebab pelanduk akan tunjuk kad pengenalan, "This is my card!"




Wednesday, February 15, 2012

Tentang Rasa

Saya masih ingat ketika dunia muzik tanahair diserang oleh Sang Garuda ketika awal 2000 dulu. Hadirnya umpama hujan lebat yang tak mampu lagi di tadah oleh halwa telinga. Sebut saja nama kumpulan apa, dari spesis pari-pari, keramat, tak cukup dengan itu, nama angka yang dipijak oleh Sheila pun ada. 

Corong radio usah cakaplah! tekan butang sana 'made from Garuda' tekan sini 'made Garuda mari'. Terasa macam menumpang kat negara sendiri. Rasanya sekarang ni dah reda sedikit, dan sekarang Garuda datang lebih suka solo. Pada saya lagu kat bawah ini akan jadi lebih popular dari penyanyinya sendiri sebab ia 'berlari' bersama drama bersiri Vanilla Coklat (VC).

Lagu ini bertajuk Tentang Rasa dan di nyanyikan oleh Astrid, penyanyi baru dari seberang dalam single pertamanya. Bakatnya dicungkil dalam Festival Band SMA Surabaya dalam Kategori Vokal Terbaik. 


Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu



Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya


Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Lirik ini mengisahkan tentang pasangan yang terpaksa hidup bersama dengan orang yang tidak disukai. Puas sudah mencari titik persamaan dalam hati masing-masing tapi masih gagal. Mungkin juga selalu berperang, bertumbuk, ber 'tomoy'. Mereka keliru dan tidak tahu bagaimana mahu terus bersama sebab tiada rasa cinta dihati masing-masing. Sehingga 'mungkin' ada peristiwa yang membawa mereka pada satu titik persamaan untuk terus bersama dan mengharapkan agar perhubungan itu akan terus kekal hingga akhir hayat.

Tiba-tiba saya rasa geli hati bila membaca komen di muka buku tentang VC ni. Katanya haram hukumnya Zara dan Amir berpeluk sebab realitinya mereka bukan suami isteri. Betul, memang HARAM ! Tak nafikan! Tapi ambil sahaja nilai yang baik yang tak baik jangan ikut! Hakikatnya industri drama dan filem tanahair masih belum setanding dengan Negara Iran. Walaupun watak sebagai pasangan suami isteri, ia dilakonkan dengan penuh simbolik dan tersendiri. Jangan tidak tahu Barat sendiri mengiktiraf industri drama dan filem Iran.

Masih teringat cerita pak cik saya ketika zaman kecil-kecil dulu, "Kalau tengok cerita kat tv ke ,wayang ke, cuba bayangkan kita adalah  watak yang dilakonkan, apa rasanya. Lupakan tentang entah berapa kali pelakon kena 'cut' dan 'action', untuk satu-satu babak!"

Jangan pula anda hanya bayangkan yang indah dan romantik dalam VC sahaja, yang perempuan mahu jadi secomel Zara dan lelaki mahu jadi cool dan romantik seperti Amir. Ah! Sudah. Cuba bayangkan kisah TARZAN, dan anda Tarzan itu. Bergayut dari satu tempat ke tempat. Amacam?!



Tuesday, February 14, 2012

Rezeki Dari DIA

Satu benda yang selalu bermain di minda dari dulu untuk melakukan kerja-kerja pejabat dari rumah ! Akhirnya jadi kenyataan! Itulah hikmah di balik peristiwa Dhuha Terakhir. Yup! Hilang pekerjaan dalam sekelip mata, sebulan tiada pekerjaan. Dan Alhamdulillah orang tutup satu pintu rezeki untuk saya, Allah buka 10 pintu rezeki untuk saya. Dalam tiada pekerjaan dan disebalik orang sangat bimbang dan sibuk akan nasib saya yang tiada pekerjaan. (bukan mahu menolong pun! sekadar mahu menolong bersorak!), masih ada duit mengalir ke dalam akaun untuk dibelanjakan. Rezeki Allah beri dari perkongsian Shaklee melalui blog begitu murah di saat genting. Alhamdulillah.

Dan, 10 Fenruari lalu saya telah ditawarkan pekerjaan baru. Masih dalam bidang perakaunan dan pentadbiran. Tetapi ruang kerja saya hanya dirumah, dan hanya sesekali ke pejabat. Masih bergaji sama. Alhamdulillah! Melakukan kerja dari rumah memang lebih mencabar dari di pejabat. Sebab memang kena displinkan diri. Iyelah mana dengan keluarga, dengan kerja-kerja pejabat, nak updates blog lagi, nak buka email. Memang sangat mencabar! Contohnya bila kena buat kertas kerja bukan semudah disangka jika idea kering, begitu juga untuk menulis blog. Gagal mencari faktor X dalam penulisan maka gagallah untuk menarik trafik ke blog. Maka selalu menjadi burung hantu, pusing tetikus ke sana-sini, mana tau burung hantu dan tikus boleh jadi bahan penulisan yang menarik !

Oleh itu ini adalah pengalaman jika anda memilih untuk melakukan kerja-kerja pejabat di rumah, displin dan kerjasama ahli keluarga amat-amat penting.

Apapun Syukur Alhamdulillah dengan rezeki ini.



Thursday, February 9, 2012

Vanilla Coklat

Selepas Nur Kasih jadi fenomena sekarang sana sini sibuk bercerita tentang Vanilla Coklat! drama bersiri di Slot Lestari TV3. Bukan setakat remaja yang meminati, tapi mak-mak orang turut menanti setiap episod.
Selain dibarisi oleh pelakon utamanya yang cantik dan kacak, tema yang dekat dihati masyarakat, adegan romantik  versi remaja yang mak-mak orang rasa jadi kembali muda bila menonton. Bak kata seorang kawan jadi angau sekejap. LOL!

Sebab lain drama ini nampak menarik kerana watak utama dilakonkan oleh mereka yang masih dalam KATEGORI UMUR REMAJA! dalam konteks Malaysia remaja adalah mereka yang berumur dari 12 hingga sekitar awal 20-an. Sebab jiwa remaja bukan dibuat-buat kerana ia adalah anugerah khas untuk remaja! Oh ya! Drama ini dibintangi oleh Aiman Hakim Redza sebagai Amir (peserta Mentor 5) dan Izara Aishah sebagai Zara (pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010) sebagai pelakon utama.


From Mr Google

Pada mulanya tema agak klise, iaitu bermusuh lalu terpaksa jadi suami isteri! Nampak macam biasa sangat temanya! Tapi sebab APA mereka disatukan oleh keluarga itu nampak buat ia sangat menarik! Kalau drama biasa atau dalam situasi masa kini persoalan mengapa kahwin muda apatah lagi ketika menuntut dan diatur oleh keluarga akan timbul persoalan mungkin terlanjur, mungkin si lelaki kena jadi Pak Sanggup, atau keluarga terhutang maka perkahwinan di atur sebagai penebus hutang, atau mungkin mak bapak tak sanggup nak didik anak jadi kahwinkan untuk bebas dari tanggungjawab.

Sebaliknya dalam Vanilla Coklat kedua-dua remaja ini mereka yang tahu menjaga diri walau seorang sudah punya teman lelaki dan seorang lagi digelar playboy kerana digilai oleh ramai gadis, mereka disatukan oleh keluarga yang bersahabat baik dan amat menyayangi anak mereka. Lalu perkahwinan diatur atas dasar percaya bahawa perkahwinan itu mampu menjadikan anak-anak mereka lebih bertanggungjawab dan berdikari.   

Selain itu Vanilla Coklat mengangkat tanggungjawab sesama ahli keluarga untuk membimbing pasangan muda ini dalam melayari rumahtangga, dengan membiarkan Amir dan Zara tinggal berasingan dari keluarga masing-masing supaya mereka lebih mengenali serta tidak mahu campur tangan ibu bapa akan membantutkan 'misi' utama perkahwinan ini. Sebaliknya kehadiran orang tengah iaitu 'Untie' yang dihormati dan disayangi oleh Amir hadir dalam rumah mereka. Tujuan orang tengah ini adalah untuk membimbing pasangan ini bukan setakat nasihat,  tetapi tunjuk ajar yang 'manis' tanpa masuk campur dalam urusan kedua remaja ini tanpa unsur bias antara keduanya. 

Apa lagi ye? Paling penting Amir dan Zara itu sendiri yang sedar bahawa perkahwinan itu bukan permainan, dalam masih bermusuh mereka cuba untuk berubah, menawan hati dengan mengetahui kesukaan dan kebencian pasangan dan dalam diam saling hormat menghormati hingga terbit rasa cinta di hati mereka! Dan yang pastinya percintaan selepas pernikahan itu sendiri lebih manis kerana ia lebih tulus.

Jika anda buka blog saya sebab mahu sinopsis drama Vanilla Coklat ini, maaf saya tidak tahu kesudahan drama itu,(walau dalam minda saya seperti tahu apa kesudahannya). Tunggulah, sekarang baru episod ke 8, ia cuma ada 13 episod sahaja. Mungkin perlu saya kupas dilain entry? mungkin! (Kalau rajin)

Thursday, January 12, 2012

Jiwa

Sesungguhnya aku percaya perancangan Allah adalah jauh lebih hebat dari perancangan aku. Dan aku percaya Usaha dan Doa yang Istiqamah akan bawa kejayaan untuk 2012 ini.  Bermula dengan ini...

Kemudian ini.....
Amin.

Saturday, January 7, 2012

Semalam Dan Kehilangan

Semalam tepat 12 tengahari bersamaan aku kehilangan Nombor Sembilan Taman Putera Indah. Bila aku  menyaksikan segala-gala hasil titik penuh lenyap sekelip mata akibat pengalaman lepas. Pagi semalam aku s-m-s mantan majikan aku untuk bertanya mahukah menyaksikan akan kehilangan itu. Dia bisu tanpa membalas s-m-s aku. Bermakna aku saja akan menjadi saksi kehilangan itu.

Benda terakhir aku ambil ialah senaskah Al-Quraan dan dua helai sejadah. Yang lain akan menjadi sejarah. Bila pegawai terlibat menhulurkan salam padaku lalu berkata, "Semoga dapat kerja lain dan selamat maju jaya" Ada sebak di situ. Walau pada hakikatnya telah ada persediaan awal untuk mendapatkan sumber rezeki lain. sebab tempat itu telah sebati sepanjang enam tahun lalu. Bertungkus lumus. Aku juga menyaksikan keuntungan yang negatif beratus ribu angkara silap percaturan pada dua ribu tujuh. Melewati kes-kes mahkamah yang entah berbelas kali. Semua dalam kotak 'resume'.

Pagi ini aku sedang menimbangkan tentang rezeki yang mahu dititip. Sesungguhnya pengalaman berdepan dengan ES- PEE-AR-EM, EL-H-DIE-EN dan semalam en-es-o-el-ve-en-ce amat membuatkan aku fobia untuk menghadapi untuk sekali lagi.

Siapa bilang kerani cabuk ini boleh tidur nyenyak ?



Wednesday, January 4, 2012

Dhuha Terakhir...

Aku bertempuh di sejadah Dhuha
mengenang sesuatu yang akan ditinggalkan
tentang di sini tempat meraih rezeki
tetapi, terbenamnya mentari empat satu dua kosong satu dua
segalanya akan terkunci mati
tiada apa yang tinggal

Selamat tinggal hari ini
selamat datang esok
aku datang menyahut cabaran

doaku agar kehadiran Dhuha esok akan lebih beri kemanisan rezeki untuk aku
dan untuk aku berkongsi dengan mereka

Amin.