Pages

Tuesday, July 30, 2013

Mendakap Mahabbah Alam


Kembara kehidupan sentiasa bermusim dengan pelbagai cuaca kehidupan.  Duduk sekejap di tabir hari melihat kalau-kalau hujan turun di kala panas bermukim di hati sekian lama. Hati galau memikir musim hujan, kemarau dan tengkujuh. Itulah hati manusia, sedangkan Dia telah menetapkan apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya yang kita tak tahu kerana pemikiran, perkiraan manuasia membatasNya.Sungguh!

Lalu kembara kaki membawa kembali ke alam lembut umbun-umbun jatuh yang kian sunyi di mata tapi sentiasa meriah dalam hati kenangan. Benarkan kata-kata seorang pakar motivasi yang menyisipkan jika kita rasa tak okey carilah apa-apa yang boleh mengimbau ingatan anda semula ke tempat di mana anda bermula. Mendakap mahabbah alam terasa diri terapung-apung sepi seketika dari dibebani musim kehidupan. Waima sekejap! walaupun alam hanya menghidangkan panorama semak samun, tak ada hutan batu yang beragam warnanya. Entahkan ada ular, biawak bersembunyi di sebalik alam. Biarkan !

 

 Selihat wajah sendiri dalam air sambil bertanya berapa umur aku ini. Eh!

Pokok semalu yang malu bila disentuh tangan kehidupan tapi kukuh dikelilingi rumpai durjana.


Inilah si anak kampung pujaan aku. Bab 'merempit' dengan basikal roda 4 dia memang tak ingat dunia sekejap. Katanya dia anak jantan tak kisah dengan panas. Iyelah tu! Bila demam sikit 1 rumah tak boleh tidur. Jantan sangatlah tu!


Aku panggil buah letup-letup. Masa kecik-kecik dulu ikut nenek ke kebun nenas buah yang masak ranum aku petik dan makan. Aku cuba mencari buah timun hutan tapi dah tiada. Bentuk sama macam timun tapi sebesar satu ruas jari kelengking kita. Lagi satu periuk kera, lama nak jumpa.

Paku pakis. Sesiapa nak buat jambangan bunga yang ekotik boleh datang petik. Begitu juga jika mahu hasilkan hantaran yang unik lain dari yang lain boleh gunakan.

Puas aku ambil dari pelbagai sudut bunga lalang ini, tapi tetap bercahaya bila dipanah mentari pagi. Bak emas berharga terlingkung dalam rumpai menghijau. Cantik dipandang mata !

Orked hutan dicelah-celah rimbun pokok kelapa sawit. Bila musim berbunga umpama tak terlihat warna hijau, mata cuma terpandang warna unggu seluruh alam.


Riak air tenang jangan di sangka tiada hidupan asing didalamnya. Dibibirkan kerapkali aku menemui kura-kura. 
Mak pesan jangan bawak balik kura-kura tu ! 
Tapi adik aku pernah bawak balik, dah lah dikutip pada waktu magrib ketika mahu ke surau. Mak suruh dia pulangkan balik ! Tak cukup kura-kura, anak musang pun dia pernah bawa balik, katanya anak kucing. Beza anak kucing dengan anak musang ni lain sangat. Biasa baby cat ni bulu dia halus sangat tapi baby musang bulunya kasar dan bila berbunyi nampak barisan gigi2nya. Baby cat biasa belum tumbuh gigi. Agak-agak sekarang anak adik aku kenal tak anak musang ? LOL!

Aku segan nak bagi tau nama rumput ni apa. Entah apa kaitannya antara kedua-duanya. LOL

Tema pokok ini sama dengan kaduk naik junjung ! Iyelah rumput naik pokok getah. Lebih kuranglah tu!

Rumput ini digelas p\rumput israel. Masa pelihara arnab dulu ayah suruh basuh dulu rumput-rumput ni sebelum beri pada arnab, katanya arnab akan mudah sakit bila makan daun yang ada air embun. Betul ke ? Rindu ayah!

Ini aku panggil pokok senduduk. Betul ke ada orang panggil juga pokok sendayu. Sendayu Tinggi ? Ia adalah syarikat kosmetik yang dah lama bertapak di persada dunia perniagaan kosmetik Melayu. Harus dibanggakan ! Perkiraan aku makna Sendayu Tinggi di ambil dari kehidupan awal pemiliknya yang susah tiada siapa yang akan terpandang, begitu juga pohon sendayu ini di celah-celah semak siapa nak tengok. Sendayu Tinggi bila berjaya semua orang akan perasan kehadirannya. Mungkin !

Aku panggil pokok ini tenggek burung. Daunnya memang diburu penggemar ulam-ulaman. Orang kata untuk memastikan ulam tenggek burung ini sedap, perlu pastikan ulam itu bukan ulam pertama pokok itu. Maknanya kena patahkan tunas baru itu dan buang, bila tumbuh tunas baru ia jadi ulam yang lebih sedap, daun lebih lembut dan tak kaku.

 
Dulu-dulu untuk menentukan waktu solat tiada menggunakan jam, hanya berpaksikan pada bayang-bayang. Bayang-bayang aku di atas menunjukkan masih berada pada waktu Dhuha. Maka, pulanglah ke rumah bersihkan diri lalu berdiri takbiratulikram berDhuha. Lalu di akhiri dengan berdoa yang antaranya berbunyi, "jika rezekiku jauh Kau dekatkanlah !...........

Jom Dhuha!


1 comment:

  1. suka jugak buah letup2 tu. (entah apa lah nama dia, tak ingat kecik2 dulu panggil apa)
    :D

    ReplyDelete