Pages

Thursday, July 4, 2013

48 Tahun Menanti Cinta



cinta datang tanpa diundang seumur masa tercipta
dia datang bagai sakti bagai menyaksi mekar kembang pagi 
cinta datang Dengan senyuman panasnya membakar mentari

Itu antara lirik yang rasa menyentuh santun jiwa tatkala menerima pengkhabaran dari sepupu-sepupuku "Mak, nak kawin, ada orang pinang"
Yang hairan, hari-hari aku buka mukabuku, seisi keluarga dah tau, aku paling akhir tau ! Kesiannn....

Apa lagi mendengar guruh dilangit yang pasti bawa hujan, seisi alam waris Abdullah dan Maimun sibuk membariskan semula keluarga yang dah bertebaran serata alam mahu menjadi saksi pada sebuah perkahwinan setelah menanti selama 48 tahun bagi empunya diri sehingga anak-anak buah memanggil dia "mak". 

Demi juga sebuah wasiat Abdullah dan Maimun sebelum pulang ke alam satu lagi kepada waris yang tinggal agar memajliskan hari istimewa andai dia berjodoh suatu hari nanti. Akhirnya wasiat 12 tahun lalu ditunaikan dalam majlis ringkas yang menghimpunkan generasi pertama, kedua dan ketiga Abdullah dan Maimun. Malah menghimpunkan jua sayap kanan dan kiri dari generasi itu. Majlis yang cukup sederhana, penuh tradisi dilangsungkan berwalikan abang bersaksikan adik.







 

 

Gambar bawah ni tuan rumah yang sudi menjadikan rumahnya sebagai majlis walau belum pernah menerima menantu.



Bertemu jodoh dengan Sang Budiman bermakna si dia secara tuntas menjadi ibu dan nenek segera. Lalu banyaklah usik mengusik bila si cucu mencari nenek segera.

"Mak" ni memang tak pernah bersolek, kena pakai bulu mata palsu dah rimas. Lalu diyakini oleh si 'dayang-dayang' ni yang bulu mata tak akan jatuh atas pinggan time makan beradap nanti. Percayalah ! Lalu si 'dayang' mencarikan cermin besar supaya "mak" dapat tengok wajah yang selama ini tak pernah bersolek. Nah! Cermin kat ruang tamu pun boleh lah menjadi saksi. Sekitar gambar bersama cermin besar.
 




Masih diteruskan dengan acara buli oleh beradik. Selama ni kalau ada majlis dia hanya duduk didapur masak itu ini. Tapi kali ni dia diladeni bak puteri. Memang Janggal ! Boleh sedang di mekap dan beradik bertanyakan senduk lalu dia ke dapur cari senduk. Sabar aje aku !




 

Bila taukeh satey bertemu taukeh macam ni ada aje yang dikongsikan. Dari harga lidi satey yang murah tapi berkualiti sampai sekilo harga arang pun boleh jadi bahan cerita. Asasnya tentulah Abdullah dan Maimun.



Aku rasa seperti disebelah aku ni adalah OKU. Budak sebelah aku ni ada cerita lucu, masa dia baby aku dukung dia, entah macamana nak lompat longkang salah kaki, dua2 jatuh masuk longkang. He3! 

Tapi aku tak boleh lupa kisah dia dikejarkan ke klinik pada petang sebelum Aidilfitri bila jagung ayam termasuk dalam hidung. Oooo dia mungkin tak dapat bezakan antara mulut dan hidung !


Ni Si Kakak budak cermin mata tu. Jangan sedih "mak" kawin, nanti bila awak dah kawin dia sendirian tak de teman. Bagi dia berteman.


Generasi ketiga yang masih tak tau apa-apa lagi. Menangis kena buli lari-lari masuk baju mak dia, dah serupa Aiman. Apa nak buat memang dah sepupu Aiman merangkap anak buah aku !



Dan paling aku tak faham mengapa yang dah berkahwin ni gedik-gedik juga nak naik pelamin bergambar bagai. Yang hairan, anak-anak dara tak teringin pulak duduk atas pelamin. Mak-mak dara dan mak-mak bujang yang over. Mungkin sedang menghadapi krisis identiti kala menghampiri Menapouse. Mereka ni memang kena ambil Shaklee GLA Complex.

 





Benarlah kata orang ada 2 acara yang akan menemukan seluruh susur galur. Majlis perkahwinan atau kematian. Cuma yang membezakan adalah bertemu dalam suasana sedih atau gembira. Tiada pilihan. Buat Cik Pah berjodohan jua kamu !


No comments:

Post a Comment