Usai Subuh figura sang aku duduk di birai pintu. Bercangkaliwang berfikirkan nan indah mimpi semalam.
Mimpi apa ?
Kata mimpi itu "Mari ke sini kamu, di tempatmu tiada lagi bulan besar yang mengambang, kamu kan suka melihat riak bulan dalam air! kamu boleh selfie sambil 'memegang' bulan kan !"
"Benarkah di tempat aku tiada lagi bulan mengambang, walanglah hati aku nanti !"
"Marilah ke sini kamu !" Kata suara itu lagi.
Lalu, tiba-tiba sang akal berkata
" Hoi! Kamu lupa ye tak selamanya bulan akan muncul di birai langi. kadang-kadang ia mahu santai. lelah. kamu bukan tak tahu, cuba kamu lihat kalender, ada masa bulan muncul kecil, ada masa bulan muncul besar. kamu kena percaya akan sentiasa ada bulan walau di mana kamu melangkah selagi sebuah dunia ini tidak berakhir"
"Kamu, jangan dengar kata sang mimpi. Dia dusta. Dia mahu kamu hidup dalam macam dia, mimpi selalu tanpa mengenal realiti.
Si akal membahas hasrat aku lagi.
"Kamu tahu tak berapa beruntungnya kamu sekarang, walau tak selalu melihat bulan, tapi kamu dapat melihat bintang, dapat rasa bahang mentari. kalau kamu tak lihat dan rasa semua itu, mana kamu tahu pahitnya , manisnya, sebuah kehidupan. Hidup ini kamu tak sentiasa untung. Ada bayak keuntungan yang kamu perolehi disebalik rugi yang kamu katakan."
"Aku lihat bulan cantik ! Cantik sangat ! Percik warna umpama menerbitkan sebuah harapan!"
"Cantik ? Pernah kamu lihat bulan dari dekat ?" Lalu sang akal mentertawakan aku.
Aku pandang mimpi melambai-lambai ke arah aku.
Lalu, tiba-tiba macam ada sesuatu hinggap kat muka. Bercempera dari terus 'berbual' di alam mimpi. Rupa-rupanya sepasang kaki kecil berada kat muka daku. Oh! Memang betul-betul 'bulan' jatuh di muka.
Nah! Bila fantasi membias realiti, dikurniakan akal untuk mencari tafsir mimpi tidur atau mimpi boleh direalitikan.
Salam ketemu lagi dari :-
No comments:
Post a Comment