KISAH 1, seorang pak cik bercerita dengan aku bahawa dia tinggal selepas kawin dengan keluarganya 10 tahun. Dalam masa itu dia diperli kerana katanya tak mampu berdikari. Pak cik ni setiap kali gaji dia akan beri dulu pada parent dia sebelum digunakan untuk berbelanja(dulu gov servant gaji tak besar). Setiap bulan dia simpan RM50 dalam ASB. Jika diikutkan adalah mustahil untuk dia beli rumah sendiri kan ? Tapi sekarang dia mampu membeli 7 buah banglo dengan 6 buah disewakan (sebuah lagi dia duduk le) bersama-sama dengan deretan rumah kedai yang disewakan. Menarikkan ? Kata pak cik tu “ini semua berkat tinggal dengan parent dan dahulukan mereka dalam beri duit belanja”.
*********************
KISAH 2, ketika aku bersalin, ada seorang nurse yang menanti masa pencen. Dia suka borak-borak dengan aku. Katanya dari mula kahwin sampai parent dia passed away dia duduk dengan parent. Macam-macam orang kata, tapi kakak a.k.a mak cik ni diam aje dan buat tak tau ! 20 puluh tahun berlalu, katanya di antara ramai-ramai adik beradik, dia la yang paling senang dan rezekinya selalu murah, walau Cuma kerja sebagai nurse berbanding dengan sibling dia yang lain. Katanya “mungkin berkat tinggal dengan orang tua agaknya”

************************
Rumah! Aku sering dipersoalkan kerana masih tinggal dengan orang tua walau telah berkahwin dan beranak satu. Sehingga ada yang mengatakan aku tak mampu berdikari. (Berdikari itu apa?). Ingin sekali memiliki rumah dan kereta sendiri. Tapi kena tengok gaji kami, mampukah ?
Sungguh lancang mulut mereka berbicara. Macam-macam ayat yang kami terima. “tak mahu berdikari”, “Tak mahu berkorban duit”, apa lagi semua dihidangkan kepada aku. Mahu tahu apa sebabnya ? Ya, kami tak mampu. Pasti aje yang menjawab, “laki bini kerja takkan tak mampu?”. Ada lagi yang berkata “Kami laki bini gaji kecik, mampu aje beli rumah” ada juga yang berkata “Tu la rezeki tak berkat!” (ada pulak!).
Jawapan kami adalah pendapatan yang kami ada pada masa ini tidak cukup untuk menampung hutang rumah yang pastinya mengambil masa yang cukup lama untuk selesai. Seandainya mendapat gaji yang lebih baik, Insyaalah akan tertunai.
Ada lagi yang bercakap, “kalau dah tua baru nak beli rumah dan buat loan, bank tak layan!” Mungkin ye, mungkin tak! Mana tau kami dapat membeli rumah secara cash (cakap besar aku ni!). Rezeki, sapa yang tau! Kami takut sekiranya kami beli rumah sekarang, kami tak dapat beri sikit pendapatan kami pada orang tua kerana sibuk hendak bayar rumah dengan gaji yang tak seberapa. “Family ko pelik, takkan harap duit as balasan besarkan ko!”. Pada aku setiap pendapatan yang kita terima ada rezeki untuk mereka juga. Walau sebenarnya lebih banyak yang kami belanjakan dari beri kepada mereka
Kami juga harap dapat beli rumah yang selesa, terutama dari segi pengaliran udara dan masyarakat sekitarnya. Ada yang jawab “pasanglah air cond”, “beli aje rumah apa-apa, nanti ada duit beli rumah lain” Pasang aircond tak sama sekiranya kita dapat buka sebahagian besar tingkap rumah dengan nyaman tanpa mata yang memandang ‘pelik’ dan bau longkang yang memualkan. Aku juga mahu masyarakat sekeliling di kawasan rumah itu ‘hidup berjiran’ bukan bererti ‘busy body’ ye!Memang boleh jual rumah yang sedia ada dan beli rumah lain tapi dalam masa nak dapatkan rumah lain tahankah kami dengan keadaan yang tidak selesa dan menyebalkan rasa ?
Sampai masa akan aku miliki jua. Jangan pandang rendah dan hina aku !

No comments:
Post a Comment