Pages

Tuesday, July 21, 2009

Panda-pandai aje.......

Kadang-kadang tak tau bagaimana untuk meluahkan rasa sakit hati melihat mereka yang suka - suka menyuapkan apa-apa sahaja makanan dalam mulut anak aku ni. Terutama makanan ringan, MEMANG AKU HARAMKAN mereka ini masukkan dalam mulut anak aku. Aku kedekut? Yes! Aku SANGAT KEDEKUT. Kerana jika anak sakit aku yang susah, bukan mereka ini. Sudahlah mencipta 'kaunter pertanyaan' yang salah untuk aku dan cuba diwarisi. Prinsip aku ialah TIDAK MEMBERI MAKANAN YANG MANIS DAN MASIN selama yang boleh pada anak aku (aku berharap dapat meneruskan prinsip ini sehingga anak aku berusia 2 tahun). Bukan bermaksud itu ini tak boleh makan. Buah-buahan boleh kata apa-apa jenis boleh makan, roti dan biskut tawar (walau ku tahu ada kandungan gula dan garam dalam makanan ini, TETAPI makanan ini masih dikategorikan RASA TAWAR). Jadi apa masalah sehingga menyumbatkan kek yang manis dan TAK SEDAP (kek murah) dalam mulut anak aku. Begitu juga makanan ringan yang aku sendiri dah lama berhenti makan. Memanglah anak aku akan menganga saja, bayi kan ? Jika di sua racun pun, dia akan nganga juga. Selepas kejadian itu, aku berkata kepada kekasih saya, if macam ni, belikan saja kek dan bagi baby makan, tak payah saya bangun 5 pagi setiap hari untuk masak.

No comments:

Post a Comment