Pages

Friday, July 10, 2009

PPSMI

Nampak gayanya saya dan MIO adalah 'se' khemah. Hampa apabila PPSMI akan di ajar kembali dalam bahasa ibunda. Sebagaimana yang saya komen dalam MIO, saya ibaratkan PPSMI adalah 'jamu' yang maha pahit untuk bangsa saya telan.
----------------
Tapi saya percaya, kesan 'jamu' itu akan dapat dilihat dalam masa yang panjang, dari segi 'awet mudanya', 'langsing' dan 'bergaya'. Saya percaya PPSMI jika dilihat pada mata kasar kelihatan 'kejam' pada bahasa ibunda, tapi itulah ubat yang paling mujarab untuk bangsa saya keluar dari zon selesa. Saya tidak mengatakan tidak perlu mendaulatkan bahasa ibunda kan ? Pada pandangan saya, jika kita 'daki' perpustakaan di universiti, berapa banyakkah buku yang diterbitkan dalam bahasa Melayu? Jika ada pun mesti berebut-rebut sampai tertanggal kulit buku itu. Betul tak ?
--------------------
Mungkin bangsa saya akan berkata, bahasa inggeris tidak diperlukan sangat di sektor kerajaan. Mungkin. Jika saya lihat memang benar. Kadang-kadang ayat inggeris yang simple pun mereka tak faham. (maaf orang kerajaan, bukan semua ye!). Secara tak langsung lemah penggunaan bahasa inggeris menyebabkan bangsa saya takut untuk meneroka peluang pekerjaan di sektor swasta.
---------------------
Dan saya juga percaya, mereka yang melaungkan agar PPSMI dihapuskan tahu kepentingan mempelajari bahasa inggeris untuk kepentingan masa depan bangsa saya, tetapi tetap bertempik kerana mungkin dalam pemikiran mereka, ANAK ORANG,BIARKAN, BUKAN ANAK KITA. KITA MAMPU HANTAR ANAK KITA KE SEKOLAH ANTARABANGSA. ORANG KAMPUNG BIARKAN DIA TERUS KEKAMPUNGAN.

2 comments:

  1. wei...ko x ingt aku ke????azza laaa....aku kangen sangat kt ko rin....hait...rin jepun....ko ingt x kt aku .....azza yg comel dulu2 tp skrg dh ada 3 ank...
    emel aku mumtazzah@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Ingat sangat. Mana ko dapat cari aku ni? Azlan bagi ye ?

    ReplyDelete