Pages

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan Datang Lagi.....

Datangnya Ramadhan penuh cerita disetiap kedatangannya. Namun sejak tinggalkan UUM, setiap kali Ramadhan pasti menjemput kenangan-kengan silam itu datang bertandang. Kenangan lucu, sedih dan sakit hati datang. Aku cuba coretkan sedikit kenangan ketika di UUM 5 tahun nan lalu.
----------------------------------------------------------------------
Bermula tahun 1999/2000, bukan kali pertama berpuasa tanpa keluarga, dengan room mate, ku sebut nama kalian ketika di kolej kediaman Pernas, Ja, Anja dan Ina. Mereka jarang bersahur, tapi aku tetap kena sahur kerana waktu puasa aku tetap gigih berjongging dan berlatih taekwondo. Dunia aku tidak luas lagi ketika itu.Banyak habiskan masa dengan kawan-kawan 1 bilik dan jiran2 bilik yang semua junior. 1 bilik 4 orang tau, memang sesak dan lemas. Junior katakan......
------------------------------------------------------------------------
2000/2001 aku duduk di kolej kediaman Telekom, juga banyak habiskan masa dengan kawan-kawan sebilik. Aida, Roja dan T, juga jiran2 bilikku Jamie. Masih 1 bilik 4 orang. Lemas dan berserabut. Maklumlah ramai dan banyak barang2. Dunia aku juga masih belum luas. UUM isytiharkan darurat pada hari pertama puasa keran semua kolej kediaman tiada air. Awal puasa kami berbuka di Langkawi. Jauh tu berpuasa. Tapi tak bershopping kerana loan tak masuk lagi.
------------------------------------------------------------------------
2001/2002, dunia aku kian luas kerana aktiviti kampus. Bermula dengan latihan industri aku punya ramai kawan-kawan 1 kursus yang kami gelarkan diri kami KRONI. sama-sama kepala tak betul dek kerana tekanan tugasan yang banyak tapi masih sempat solat terawikh di masjid. Ketika itu aku tidak lagi duduk berempat dalam 1 bilik, tetapi cuma berdua dengan T. (4 semester tau 1 bilik dengan T). Rasa lapang bilik. Tapi sunyi andai tiada salah seorang dari kami. Oleh kerana dunia aku makin luas, maka makin jauhlah aku berbuka.
Tapi kenangan, bantai main bolling kat Bukit Mertajam dan Berbuka di Serdang masih ku ingat hingga kini. Aje giler. Yang lawak time main boling tu, tak ada Muslim yang main bolling tengahari2 buta. aku dan KRONI aku aje yang main. Dah la tu, main tak seberapa, riuh bukan main.
Ketika masing-masing sibuk bermain boling, ada yang sempat 'berkenalan' sesama sendiri, mungkin membincangkan 'kita' nak duduk mana lepas grand, Utara ke Selatan. Ha3!
Masa tu masuk kampus pukul 1pagi, oleh kerana bulan puasa, maka longgarlah kawalan di pintu pagar utama oleh Pak Cik Keselamatan. Itu pun tak rasa nak balik ke Kolej kediaman masing-masing, singgah ke Kolej Kediaman Proton dan bantai durian samapai jejak 3 pagi.
Esoknya datang kelas dengan mata biru ala panda dan badan macam nak melepek aje macam baby kolar okeh!
-----------------------------------------------------------------------
2002/2003, ramai KRONI yang dah grand. tinggal aku, Citot dan Chin. Ada rasa kesedihan melanda di tahun terakhir di UUM.... sehingga sekarang aku merindu di saat puasa 2001/2002 itu. Sungguh! Nilai persahabatan yang cukup padu, jangan sesekali salah seorang geng KRONI ni dicuit, siap ko! semua tuntut bela. aku akan cuba cari gambar2 Geng KRONI ni dan akan ditepek disini satu persatu, agar ada mata yang perasan akan gambar ini dan sebagai kenangan untuk aku. Dan mungkin sepanjang Ramadhan ini akan ada catatan kenangan di UUM ketika Ramadhan.

No comments:

Post a Comment