Hari ni aku cukup letih. Bukan sahaja kerana perlu berjalan dari satu bank ke bank lain, tetapi melayan kerenah 'pemegang saham syarikat'. Sangat letih. Ada satu perasaan yang berputik dalam hati aku. Mengapa manusia yang kaya ingin menjadi lebih kaya dan tidak tahu bersyukur?! Aku sebenarnya menjadi sangat letih, lemau melayan kerenah mereka ini, dari dulu sampai sekarang, walau telah bertukar berkali-kali orangnya. masih lagi sama, bila istilah 'wang' diutarakan, memang tidak tahu bersabar dan bersyukur.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Sabarlah wahai hati. Bukankah aku dah dapat melihat apa yang berlaku depan mata aku sekarang, tentang, manusia-wang-kuasa-pembalasan dunia.( berakhir dengan koma di hospital dan tidak mempedulikan orang disekeliling dan tidak dipedulikan orang seperti zamannya berkuasa dengan kuku besi)
No comments:
Post a Comment