Pages

Tuesday, October 13, 2009

Jangan Sibuk.......

Semalam aku ke satu department, dan duduk di meja seseorang sambil membaca suratkhabar perdana yang bukan menjadi langganan aku setiap hari. Sibuk betul seorang Hamba Allah ni bercerita pasal anak dia yang baru berusia 7 bulan dengan seorang lagi yang bertaraf nenek. Aku tak menyampuk pun, biarlah. Makin galak dia bercerita yang anak dia dah pandai angkat punggung nak merangkak, tak takut orang.
-
Aku diamkan aje, sampai satu part ada sikit rasa berasap kat telinga aku, iaitu, " budak yang dijaga oleh pengasuh tahan lasak cz dijaga beramai-ramai tak macam yang dijaga dan menjaga seorang aje".
-
(Iyela anak akukan mak aku yang jaga)
-
Dia menyambung cerita "ada seorang tu suruh anak dia dijaga oeleh pengasuh anak dia selama dua hari semalam okeh, pastu adala lebam sana sini, ibu bayi ni bimbang, si dia ni bukan main membela pengasuh ni dengan alasan "kalau tak bayi tak lasak"
-
Boleh gitu?
-
Aku cuma mendengar, tak kuasa menyampuk, dah menjadi prinsip aku untuk tidak bercerita pasal hal anak, kerana ia akan mencetuskan rasa 'cemburu' pada yang mendengarnya.
-
har!har!har!
-
Banyak-banyak benda, apa agaknya yang akan membuatkan orang yang mendengarnya cemburu?
-
Ye! anak aku sepenuhnya menikmati susu ibu.
-
Melihatkan aku tidak memberi reaksi tentang apa yang diceritanya, dia sengaja memancing aku. "Akak, bila nak tambah anak?" Aku cuma jawab ringkas, "belum masanya". Tapi kalu ikutkan hati aku ni, nak aje aku jawab, "Nape, ko nak tolong susukan anak aku ke?"

No comments:

Post a Comment