Pages

Friday, January 8, 2010

Rindu Mengamit Kenangan...

Lewat malam lalu seorang teman UUM menelefon aku. Aku dah agak mesti hari ni adalah tarikh lahirnya kerana itu hot.link memberi bual-sampi-koma-untuk-sehari semalam. Lantas banyak pertanyaan demi pertanyaan dan jawapan demi jawapan berselisih ganti. Dari tentang diri masing-masing, kerja masing-masing dan tak lupa, dia yang hilang muncul kembali seolah-olah tiada apa-apa yang pernah berlaku sehingga apa yang dia lakukan meruntun jiwa kawan-kawan suatu ketika dulu.

Aduhai! kenangan lalu itu tetap mengamit walau berapa usia kita kawan-kawan. Benarlah kata orang, kenangan ijazah pertama adalah kenangan indah untuk dikenang, tak sama dengan ijazah sarjana atau PHD. Mungkin kerana ia usia remaja yang kerap 'menghalal' kan apa sahaja perbuatan yang tidak melanggari norma masyarakat atau agama kita lakukan tanpa ada siapa-siapa yang berani kata TIDAK ! atau JANGAN ! Dapat anda bayangkan sekiranya anda dalam proses mengambil PHD tapi ada berkelakuan seperti kanak-kanak riang, contohnya naik basikal jenama Re.run bertiga! dapat anda bayangkan betapa pelik dan janggalnya ?! Ada sesiapa yang terasa? Oop!

No comments:

Post a Comment