Membaca bait-bait tulisan seorang bekas pensyarah aku dimuka buku itu tiba-tiba memberi kesan dalam hati aku. Tentang mudahnya manusia menghukum manusia lain hanya kerana berstatus bujang terlajak. Pada aku siapa kita untuk menghukum manusia lain dengan kata-kata nista hanya kerana tidak berumahtangga, tidak membina masjid atau apa saja yang membawa maksud yang sama. Biarpun tidak berkahwin tetapi dia juga menyumbangkan keringat untuk mendidik anak bangsa menjadi pelapis generasi hari ini. Walaupun kita sedia maklum bahawa amalan mereka yang berkahwin lebih berganda ganjarannya dari yang bujang, tetapi siapa kita untuk mengira amalan insan lain! Perlu juga kita ingat banyaknya amalan dan pahala seseorang itu belum tentu Syurga jawapannya, melainkan dengan Rahmat Allah!
sape rin? aku kalau hal2 dalam fb ni banyak yang tak tahu..jahat betul org tu!
ReplyDeleteMal,
ReplyDeleteSalah seorang lec kita yg ko add n msh bujang. Orgnya aku tk tau sapa yg kutuk dia.
Salam..saya juga seorang yg masih bujang di pertengahan umur 30an...saya amat memahami jika ada suara2 sumbang yg dgn senang lenang tanpa berpikiran mengutuk org yg belum berumahtangga.. seolah2 mereka tidak mempercayai qada' dan qadar ketentuan Ilahi.. saya amat bersetuju dgn pendapat bahawa kami juga menyumbang sama seperti org lain.. malah adakalanya lebih lagi.. bab belum berumahtangga mungkin kepincangan dlm hidup kami, tapi bg yg sudah, mungkin lain pula kepincangan yg dikurniakan... apa pun, kita harus bersyukur apa saja kurniaan Ilahi dan tidak harus putus asa dan berusaha..sebahagiannya mungkin pilihan sendiri utk hidup membujang, tapi percayalah kebanyakannya masih mahu berkahwin dan berusaha dgn pelbagai cara.Namun jika belum diizinkan, maka apalah daya kita utk melawannya... wallahualam... - MN
ReplyDeleteMN
ReplyDeleteSetiap org juga dikurniakan kebahagiaan yang berbeza yang sesuai ditanggung dek bahu kita. Mungkin dgn hidup bujang byk benda yang dpt kita terokai demi untuk agama, bangsa dan negara. Amin