2010 kian berlalu
2011 kian dekat
Tahun 2011 bermakna genap 7 tahun ai bekerja di sini. Merasa bertukar-tukar pengrus dan lembaga pengarah. Merasa berbagai situasi mesyuarat, ada yang dibuat dikelilingi padang golf, ada yang santai-santai dibilik suit hotel sahaja. Janji semua ada keputusan. Maklumlah tugas sebagai pencatat minit mesyuarat.
Tiba-tiba ai terfikir berapa lama mahu disini ? Semakin lama semakin tepu, tiada apa yang menarik. Kadang-kadang ai rasa seperti menunggu waktu pencen saja kerja. Kadang-kadang rasa seperti berada di kilang multinasional, sibuk yang amat. Kronik sudah ai ni!
Teringat pada satu buku tulisan Dr Tuah Iskandar yang menyatakan perlu berhijrah demi untuk kaya. Perlukah ai berhijrah untuk yang lebih baik, tetapi tidak ada kilang cap ayam samada yang berjenama atau tidak apatah lagi yang dijamin oleh kerajaan Malaysia pencennya.
Secara ironinya disini ai memang suka hati cuti, masuk dan balik kerja. Sampai ai lupa berapa cuti ai setahun sebenarnya. Janji kerja siap dan semestinya 'tip top'. Tetapi dari segi kemajuan untuk berada di puncak memang tiada. Dari dulu hingga kini tiada penambahan 'Akaun KWSP' nya. Dapat berjalan ke luar negara hampir setiap tahun dengan perbelanjaan ditanggung oleh pengurusan. Pasangan bayar tiket penerbangan sendiri.
2011 ai perlu lakukan sesuatu, kerana selagi masih bernyawa selagi itu masih ada rezeki untuk kita.
go for it. muda sebelum tua. lapang sebelum sempit. :D
ReplyDeleteknv
ReplyDeletemudah-mudahan apa yg dirancang akan berjaya menempuh onak duri.