Sejak bila blog aku ni menjadi blog resepi ni? ho! Ho! Ho! sesekali tukar selera. Aku nak kongsi ni resepi untuk orang yang tak berapa rajin macam aku ni.Guna pun instant puff pastry. Tak denya ku nak menguli walaupun ada breadmaker ke apa. Meh tengok, aku guna instant puff pastry jenama Kawan. Boleh dapat kat Econsave, Giant, Carrefour atau sewaktu dengannya. Harga satu bungkus tak sampai RM5. Dalam ni ada 10 keping pastry.
Cara-Cara Menyediakan Sardine Puff
1. Pastikan instant puff pastry tidak beku, jangan pula terlalu lama berada dalam suhu bilik kerana nanti susah nak gelek dan bentukkan.
2. Sebelum menggelek tabur tepung gandum kat papan penggelek dan di alat menggelek tu.
3. Filling ikut suka korang la nak isi apa, coklat, strawberry jam Tapi dalam 'kes' ini aku isi sardin.
Caranya :-
1. Tumis bawang besar, putih, lada besar dan halia yang dipotong mayang. Dah layu masukkan isi sardin dan kuahnya sedikit, sambil tumis hancurkan guna sudip la sardin tu. Perasakan dengan garam dan biar filling tu kering sikit baru letak atas pastry ye!
2. Lepas tu tekan tepi-tepinya dengan garfu
3. Kalau rajin sapu kuning telur kan atas puff ini sebelum membakar
4. Kalau rasa nak sediakan untuk sarapan pagi, siap-siap isi filling malam hari dan letak dalam peti sejuk. Pagi tak payah biarkan dalam suhu bilik terus bakar.
Ada beberapa cara untuk memastikan puff di betul-betul gebu masa kita bakar. Mungkin tip dibawah boleh membantu.
1. Guna instant puff pastry yang masih lama tarikh luputnya.
2. Pastikan oven betul-betul panas sebelum membakarny a- oven cap kepak-kepak aku set 200 darjah celcius
Hasilnya.......
-
-
-
Apa? Tak jelas? Meh! Aku tunjuk dekat lagi....
Tak puas hati? Nak tengok dalam dia? Meh!....
Tadi aku cakapkan, mengapa aku cakap better cari yang tarikh expired dia lama lagi kan? sebabbbbb.... aku guna 1 bungkusinstant puff pastry yang tarikh expired telah hampir luput puff jadi tak gebu, baru masuk oven dah macam hangus, kalau tengok gambar macam tak berapa rapuh dan masak sebenarnya, tapi rasa still ok. Macam gambar bawah ni. Tapi ni filling peanut butter with chocolate.
Nampak kan bezanya?
erm..sedap tu..puff tu kalau buat sendiri tak menjadi pun. kena letak margarine pastry.
ReplyDeleteOo..camtu. Kalau letak kaya sedap tak rin? terliur la aku tgk..yummmmyy..
ReplyDeleteKak cik,
ReplyDeleteSkill nak buat tu kna ada. kdg2 resepi betul tpi skill n tip tak de, tak jadi jgk.
Mal,
Boleh isi apa2. kalau ko nk isi kastard pun ok. tapi bakar dulu, jgn garing2 sangat, pastu bru belah tengah n isi filling kastard.