Pages

Tuesday, February 22, 2011

Hari Ini Genap 19 Tahun Pemergian Allahyarham Sudirman

Hari ni genap 19 tahun pemergian Allahyarham Sudirman Hj Arsyad (ASA) ke alam yang abadi. Ketika ASA pergi aku berada di tingkatan 2. Tengahari tadi di Sinar fm di jemput Habsah Hassan(HH) seperti yang kita tahu beliau adalah di antara teman baik ASA disepanjang hayatnya.

Antara perbualan diantara DJ dan HH yang sempat saya dengar ketika dalam kereta tadi adalah berkaitan lagu dan kehidupan peribadinya. ASA adalah seorang yang cukup berahsia tentang kehidupan peribadinya terutama kisah perpisahannya dengan bekas isterinya yang dipanggil Kay, sehingga tiada kawan-kawan rapat yang mengetahuinya melainkan ASHA buka mulut untuk meminta diciptakan lagu berkaitan dengan kisah peribadinya.

Menurut HH, ASA amat menyintai Kay sehingga akhir hayatnya, kerana menganggap dirinya amat bertuah mengahwini Kay, seorang gadis yang cantik dan menjadi rebutan ramai jejaka. ASA merasa berbangga kerana Kay sudi menjadi suri dalam hidupnya sehingga tercetus tajuk lagu Milik Siapakah Gadis Ini. Liriknya :-
Milik siapakah gadis ini
Wajah lembut bagaikan sutera
Ingin hatinya ku miliki
Apakan terdaya
Adakahkan terdaya
Milik siapakah hati ini
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku mencurahkan kasih
Kepada yang sudi
Adakah ia sudi

Lama telah ku impikan
Gadis sepertinya
Mengisi taman hati
Dengan cahaya kasih (suci)

Siapakah gadis yang ku idam...

ASA Merasa bertuah kerana beliau sedar yang beliau tidak kacak, tidak punya ketinggian yang biasa lelaki miliki serta tiada apa yang buat dia rasa berbangga. Sehinggakan selepas perpisahannya dengan Kay dia masih rasa bangga kerana menjadi pujaan Kay sehingga dimarah oleh teman rapatnya kerana terlalu menyintai Kay. Walaupun cuba mempertahankan rumahtangganya tapi gagal, sehingga tercipta melodi indah untuk Kay yang bertajuk  Di Dalam Sepi Itu, lirik :-

Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani
Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu
Lalu hati jadi rindu

( 1 )
Aku terperangkap dalam diri
Aku terpedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan

( 2 )
Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lama hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita

Di dalam sepi itu
Bertakhta bayangan dirimu
Mencengkam sanubariku

Bagaimana kalian, ada tak lagu-lagu ASA yang dekat dihati kalian? Secara peribadi, lagu-lagu ASA banyak yang meninggalkan kesan mendalam dalam hati aku, terutama lagu Aku Penganggur, lirik :-
Jangan ku dipandang hina
Hanya kerna aku penganggur
Jangan pula ku dilupa
Hanya kerna aku penganggur

Aku hanya insan biasa
Ingin juga hidup bahgia
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

Puas sudah mencari kerja
Memang nasib aku penganggur
Masih belum diterima
Memang nasib aku penganggur

Hasrat hati ingin membantu
Menjaga orang tua ku
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

Aku anak berbudi bahasa
Walaupun aku penganggur
Hormat kepada orang tua
Walaupun aku penganggur

Mungkin esok ataupun lusa
Aku akan mendapat kerja
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur



9 bulan selepas graduate tiada kerja. Ketika konvo hanya ada RM60 dalam poket. Ada seseorang yang melarikan diri bila nampak aku berjalan dengan ayah aku. Takut aku memperkenalkan dia pada ayah aku, atau ayah aku nampak kekampungan kerana hanya berselipar jepun kot! Datang kampus pun hanya menaiki bas tiada kereta yang menjalar. Terima kasih untuk Chintana a/p Suksuwan kerana sudi menumpangkan aku dan ayah aku sepanjang konvo berlangsung. Mudah-mudahan kamu diberkati Tuhan selalu.


Al-Fatihah Untuk Allahyarham Sudirman Haji Arsyad







No comments:

Post a Comment