Pages

Thursday, March 17, 2011

Dedikasi Untuk Dr. Md. Azalan Shah bin Md. Syed

http://cheritakelmarin.blogspot.com/2011/03/last-posting.html


Lan,
Bila baca cerita kau kat blog (tak payah baca pun memang kita sedia maklum, iyelah pernah satu kelas di Maktab Adabi dulu) kita ada persamaan dan perbezaan.
Persamaan kita, kita membesar di kampung, kita sama-sama tak pandai english dan math, kita sama-sama pernah kena buang pusat pengajian, bezanya kau dibuang IPTA, aku di buang sekolah pada tahun 1995 kerana gagal peperiksaan, persamaan lagi kita ke universiti dengan tiket STPM. Bezanya kau di UM aku di UUM. Persamaan kita tamat pengajian mestilah cari kerja, tapi bezanya kau sebagai tutor dan aku kerani cabuk, bezanya kau melanjutkan pengajian dan meneruskan impian di Bumi Kangroo aku masih di sini. Kembali nanti aku masih bekerja sebagai kerani cabuk dan kau berada di medan akademik.
Kau nampak tak perbezaan dan persamaan kita?

Oleh kerana itu teruslah menulis blog kau tu. Kerana setiap insan punya pengalaman berbeza sedari lahir hingga ke liang lahad. Mudah-mudahan ada sesuatu yang boleh dikongsi bersama mengenai pengalaman hidup.
Mudah-mudahan blog kau akan jadi vaksin dari merebaknya virus takut akan kekalahan, kekecewaan lalu, rasa rendah diri
Biar blog kau menjadi bius dari kelukaan dan kekecewaan lalu.
Biar blog kau ini menjadi harum segar pada kanvas kenangan silam tentang apa itu yang dinamakan pahit, jerih dan getir sebuah perjuangan.
Biarkan dan biarkan!

Selamat kembali ke Malaysia menabur bakti pada keluarga, agama, nusa dan bangsa.



9 comments:

  1. kekalkan basah... dua2 org yg aku knal... hang dgn lan... msing2 ada misi dlam hidup.. hrap kita suma bjaya.. :)

    ReplyDelete
  2. kejayaan lebih manis bila kita merasa payah jerih memperolehinya.

    ReplyDelete
  3. orang yang tidak pernah dibakar panas terik mentari, mustahil menghargai rimbun berteduh..


    salam perjuangan buat mereka yang mencari damai dan tenteram jiwa....moga dambaan hidup ini, berbalas redha Ilahi.

    ReplyDelete
  4. Azrai,
    Kalau ko tak bg tau aku yang Lan 1 Felda Waha mmg aku tak tau pun ko kenal dia. Si Lan pun pelik mana aku kenal ko, padahal ko dan aku geng KRONI yang KRONIK kt UUM dulu.
    MarDiah,
    Saya rasa belum berada 'manis' untuk menikmati kejayaan. Masih mencari dan mencari.
    Anonymous,
    Warna kehidupan setiap insan tak sama, kadang2 rasa pelik kerana tak namapk sisi warna hitam dalam kehidupan seseorang itu, nampak indah saje. Adakah saya tersilap pandang?

    ReplyDelete
  5. awwwww...what a lovely words..thank you so much Rien...apa pun kita kena percaya dengan apa yang kita buat...Insya'allah segalanya akan tercapai.. :)

    ReplyDelete
  6. Lan,
    Dah sampai Malaysia ye? Jangan lupa raya tahun ni, duit raya untuk anak aku tau! hi3!

    ReplyDelete
  7. wow! very inspiring! thanks for sharing dik! :D

    ReplyDelete
  8. knv,
    Kisah-kisah lalu yang kadang2 tak mahu di ingat lagi.

    ReplyDelete
  9. dr azalan ni mmg dh xnak update blog die lagi ke?

    ReplyDelete