Pages

Wednesday, October 12, 2011

Rumah Idaman Saya

Tajuk macam karangan budak-budak sekolah. Eheh! Tapi dalam konteks orang dewasa yang berumur 33 tahun la.

Saya mahu rumah yang saya boleh 'hidu' bau rumput di awal pagi. Saya juga mahukan satu kejiranan yang kenal mengenali tapi bukan busy body tak pasal-pasal. Saya membayangkan setiap kali waktu Magrib Mr Papa akan berpegangan tangan dengan si putera ke surau berhampiran sambil menyapa-nyapa jiran tetangga kot-kot mana yang bukan muslim baru balik ber jogging di kawasan permaianan berhampiran.

Impian besar saya dalam kawasan rumah saya akan ada ruang untuk berdirinya sebuah warung ala-ala kopitiam yang comel, bersih dan cantik. -Tiba-tiba saya membayangkan gabungan warna pink dan oren -Oh la! la! - sila bayangkan saya yang berkulit gelap ini akan tenggelam dengan dua warna itu.Warung saya akan dibuka seawal 6.30 pagi hingga 10.30 pagi setiap hari kecuali akan ada satu hari cuti. Menu utama adalah satey dan mee rebus Wak Tijah.

Kenapa buka pukul 6.30pagi?
Sebab kat Muar adalah satu kebiasaan Satey di jual waktu pagi - Orang Muar sarapan dengan satey.
Tak percaya cuba jalan-jalan di depan pasar besar Muar dan Jalan No. 2. pukul 10.00 jangan harap ada lagi satey perut.

Selepas pukul 10.30 adalah masa saya bersama Shaklee, anak-anak, rumah tangga dan berpoya-poya ! Wah! Wah! sejak akhir-akhir ni angan-angan saya semakin kuat, adakah sudah sampai masanya untuk di realisasikan?





4 comments:

  1. Tak lama lagi rin..Insyaallah. Pastu aku boleh beraya kat rumah baru ko plak pasni..hehe

    ReplyDelete
  2. nanti kat sebelah rumah tu mesti ada chalet ala-ala homestay juga, ya...
    10 tahun nanti saya nak g bersarapan satey Muar kat sana

    ReplyDelete
  3. Normaliza,
    aku rasa angan2 tu makin kuat. tpi tak mungkin thn dpn ko blh beraya umh baru aku
    Nysrah
    Kat muar ni byk homestay kak. Don't worry nk dtg muar

    ReplyDelete