Pages

Tuesday, February 21, 2012

Memori Kuch Kuch Hota Hai !

Bila Kuch Kuch Hota Hai (KKHH) di tonton hampir 3 juta hasil sumber Nielsen Audience Measurement ketika ditayangkan menerusi Slot Panggung Sabtu 11 Februari lalu adalah sesuatu yang diluar jangka. Filem yang pernah meledakkan emosi peminat Hindustan 14 tahun lalu kelihatan masih mampu menarik peminatnya mendakap bantal bentuk hati di depan televisyen. Serentak dengan itu di muka buku masing-masing berstatus KKHH. Termasuk yang menulis ni. Ehem!

Agak-agak apa yang buat ia menarik ? Skrip ? Lagu ? - Rasa-rasa tak ramai yang faham dialog tanpa sari kata ini. Tapi jika anda mengatakan jalan ceritanya ada kena mengena dengan perjalanan hidup anda, atau ada kisah disebalik filem itu yang buat anda tonton 10 kali menangis 1000 kali ! Ya! Mungkin! Itu magis sesebuah filem yang diangkat dari kisah masyarakat yang sentiasa relevan. Walau berbeza zaman tapi 'modus operandi' nya tetap sama. Maka bila KKHH ditayang semula ia seolah mengembalikan memori yang lepas. Tentang apa, siapa, dimana dan mungkin bagaimana!

Secara peribadi saya tidak menonton filem ini di pawangam ketika ia ditayangkan pada 1998, tetapi saya hanya menonton dari VCD pada tahun 2000 ketika mendiami Kolej kediaman Telekom di bilik 402. Jangan ditanya VCD tu 'halal' ke 'haram'  Sendiri mahu ingat!

Saya melihat sesuatu dalam filem itu. Tentang betapa tak jujurnya perhabatan antara lelaki dan wanita itu. Tiba-tiba saya teingat tugasan Dr Razak yang bertajuk : Lelaki dan Wanita: Sahabat Atau Cinta. Tajuk itu memang saya angkat dari tema filem itu. Termenung sudah! Terlentang sudah di perpustakaan. Akhirnya satu soaljawab direka lalu dihulur pada kawan-kawan dalam kuliah yang memuatkan 500 orang pelajar. Tentang tulusnya persahabatan wanita dan lelaki. Rata-rata menjawab : Teman Tapi Mesra.

Ehem!

Bukakah sudah saya kata, filem adalah kisah masyarakat yang diangkat lalu dilayarkan. Tapi bila sana-sini filem hantu, adakah bermakna semua orang bela hantu ! Maka setiap malam kena berjaga-jaga takut hantu mengamuk !?  



No comments:

Post a Comment