Pages

Friday, May 29, 2009

Semalam....

Semalam aku bercuti. Ketika sedang melayan kerenah si kecil telefon burukku berbunyi. Tertera nama s. Kawan laki-laki ketika di kampus. S bercerita tentang gaduh suami isteri. Puncanya ? Bayi mereka. Isterinya yang juga roomate aku ketika di kampus adalah surirumah. Kata S enggan bekerja. Takut nak serahkan anak kepada orang lain. Ok lah ! Tapi yang mebuatkan S berang:-
1) dia enggan menyusukan bayinya
2) menghadapkan kipas angin dimuka bayi menyebabkan bayinya semput
3) mencampurkan nestum dengan susu dgn alasan bayinya sudah patut makan (baru 4 bulan)
S mengatakan lagi :-
1) dia membelikan buku pasal bayi dan penyusuan ibu tapi dia tak mahu baca
2) tak mahu belajar dan bertanya ikut kepala dia sendiri
3) tidak mahu menerima nasihat dan tak tau nasihat sapa yang dia nak ikut
Pada pendapat aku kan, tak salah even berpelajaran tinggi tapi tak bekerja (if suami kaya raya lah) tetapi :-
1) praktikkan sentiasa mencari ilmu. Terutama ilmu parental. Pada aku lagi banyak ilmu kita timba lagi banyak kita tak tahu. Pada aku tak salah jadi surirumahtangga sepenuh masa tapi bergaya dengan ilmu bukan sekadar mengikut petua yang tak tahu pangkal hujung.

No comments:

Post a Comment