Musim sekolah telah bermula. Seperti biasa bermulanya cuti sekolah bermulanya 'musim mengawan'. Op! terlebih sudah ! Tiap-tiap hujung minggu ada saja jemputan. Kadang2 aku terfikir adakah kita membuat majlis perkahwinan atas dasar mahu mendapatkan sumbangan atau benar2 mahu meraikan pengantin dan tetamu !
Kadang2 jemputan yang dijemput dan hadir cukup ramai, tetapi apabila melihat juadah yang terhidang. Alahai ! memang ala kadar. Tidak membuka selera langsung. Kadang2 bila makan jadi sakit perut. Bila tetamu pulang nampa ole-ole. Kosong. Kalu adapun sekadar gula2 empat biji yg diletak dalam bekas telur. Tidakkah tuan rumah terfikir betapa kasihannya tetamu yang jauh apatah lagi yang bernama saudara. Datang jauh cuma ini yang dapat. Bila sampai ke rumah mesti anak2 tanya buah tangan pengantin.
Pada pendapt aku tak salah sekiranya mahu menjemput kenalan satu duania sekalipun. Tapi pasttikan makanan yang terhidang mencukupi. Jangan sekadar melepas batuk ditangga. pastikan juga ada buah tangan dari pengantin. Apalah sangat sekiranya tetamu diberi bahulu dan wajik (untuk tetamu jauh, bimbang jika beri nasi nanti basi). jika rasa tak mampu cukuplah menjemput tetamu sekadarnya, janji perut tetamu kenyang dan ada buah tangan yang boleh dibawa pulang.
No comments:
Post a Comment