Aku sering di asak dari dulu lagi. kata-kata seperti ini memang biasa.
" Pasal apa adik beradik ko cuma 2 orang?" - Tapi kami dua beradik belajar sampai universiti
"Tak boring ke?" - Tak pun. Hubungan jadi rapat apa ! Adik aku kawin aku boleh sponsor lagi
"Ko orang kaya cz tu adik beradik tak ramai!" - Iye ke ? Patutlah masa study dulu aku tak pernah merasa biasiswa
"Tak best la adik beradik sikit, makan TAK BEREBUT" - Ada pulak !
Ada sesetengah orang bangga anak ramai. Ada yang setahun sampai 2 kali buat majlis kahwin. Orang nak datang pun naik boring ! Pada aku tak salah nak anak ramai if MAMPU. apa maksud MAMPU dalam konteks aku ye.
1) Dalam konteks ekonomi. Pasti ada yang menjawab setiap anak ada rezekinya. memang tapi kita sebagai parent kena tau mana jalan nak rezeki itu sampai.
2) Dalam aspek beri kasih sayang. Kalau dah rapat-rapat bagaimana nak beri kasih sayang
3) Beri pendidikan. Bagus sekiranya anak ramai mampu sekolahkan anak sampai universiti. Sampai universiti ke sebagai penanda aras MAMPU ? Bukankah sekarang kemudahan belajar cukup banyak. Jadi apa guna nak anak ramai tapi tidak sampai ke tahap paling tinggi. Aku tak kata itu soal kualiti okeh!
4) Soal kualiti anak. Apa kualiti ? Ko ingat anak barang keluaran kilang ke ? Ade pulak ! Berbutang mata aku if orang cakap macam tu. Kualiti pada aku merangkumi aspek perlu di atas ditambah berguna pada keluarga, bangsa dan agama. Cukup. Ye cukup.
5) Ada lagi aku nak tambah, MAMPUKAH BREASFEED anak at least 2 tahun ? Itu pun soal MAMPU. Mampu ke ? Ada cuba buat?
Cukup la takat itu aje. Nanti lagi banyak aku taip lagi banyak pro dan kontranya. Apapun jangan asak orang yang punya bayi belum pun mencecah setahun dengan soalan bila nak tambah anak. anak dah besar kan ? Bagi adik lambat nanti manja. Tak pandai berdikari. Kalau tak bermanja dengan kita nak bermanja lagi dengan sapa kan ? Nak bermanja dengan orang nanti orang marah. Berdikari ? Apa itu berdikari untuk bayi umur tak sampai setahun ? Pandai basuh baju ? Pandai basuh pinggan ? pandai kemas ? Abis orang tua yang tak pernah basuh pinggan, baju dan berkemas tu dikira tak betdikari lah ? Ke pemalas? ada pulak.......
No comments:
Post a Comment