Pages

Tuesday, June 9, 2009

Heroku dulu....

Ketika di universiti dulu aku suka memakai kemeja lelaki. Saiz aku saiz s. Walaupun itu saiz yang paling kecil, tapi besar sebenarnya pada aku. Selesa. Dengan keluar dengan ramai teman-teman lelaki menjadikan lelaki takut dengan aku. Tak ada siapa yang nak mengurat aku. Cian aku !
*********
Kalau ada yang berani takut, mereka ini akan cuba-cuba cucuk jarum masa aku bersendirian tanpa hero-hero yang ala samseng dalam filem 'ada apa dengan cinta' (nampak samseng tapi jiwang tak sudah, kena tinggal dengan awek dah mengalir air mata, cis!).
********
Ayat pertama mereka time mengayat ialah bagi salam, lepas tu tanya mana nak dapat bahan untuk buat assigment. Macam tak ada ayat lain. Apa pun aku bertema kasih dengan hero-hero aku yang selalunya melindungi aku dari gangguan mereka ini. Pada aku tujuan mereka buat baik pada aku sekadar ingin berpayung dari panas telinga dek leteran pensyarah kerana kehebatan aku mencari bahan assigment sampai nun jauh ke Bukit Aman sana. Dan juga hujan dek peluh kerana mencari bahan tugasan.
*********
Apapun aku sangat berterima kasih dengan kenangan itu dan hero-hero pujaan orang itu.

No comments:

Post a Comment