Pages

Monday, April 18, 2011

Kamu Sembah Mataharikah?

Ketika zaman muda-muda dulu saya kerap di tebak dengan soalan begitu bila kita beritahu yang waktu solat kita ditentukan oleh lambat atau cepat matahari terbit atau tenggelam matahari di ufuk sana.
Bagaimana kalian menjawab ? Sebagai seorang yang masih tidak cukup dengan pengetahuan agama (saya akui)saya jawab begini,

"Itu bukan bermakna kita menyembah matahari, tetapi menunjukkan setiap kejadian Tuhan Semesta Alam ada kaitannya dalam hal ibadat. Bulan, matahari, bintang dan apa sahaja. Ini bererti sebagai hamba kita dituntut untuk mengkaji tentang sesuatu kejadian alam itu. Contohnya, mengapa matahari ada masanya terbit cepat dan ada masanya terbit lambat. Sudah pastinya berdasarkan ilmu rahsia dalam kitab suci Al-Quraan kerana ayat Al-Quran bukan sekadar untuk menghalau hantu syaitan saja."

Ada jugak yang suka bertanya macam ni dekat saya, (Mengapa dia ni tak bertanya pada mereka yang berpewatakan sesuai untuk di tanya. Saya yang selalu memakai jeans dan T-shirt lusuh ni engkau tanya macam tu.)
"Nape di panggil puasa ganti?"

Kalian nk jawab macamana?
ho!ho!ho! saya jawab saja,

"Sebab ia tak dipanggil puasa rezab"

Boleh gitu?



No comments:

Post a Comment