Macam tajuk lagu pulak. Err.. lagu sapa ye? jap saya tanya En. google. Ooo lagu dari Wing. Semalam mesyuarat bulanan bersama laporan audit yang bakal dipersembahkan kepada juruaudit syarikat. Aha! gitu gini kene repair lah cik rien oi.... Maka akan bertungkus lumus lagi aku lah jawabnya. Fuh!
Tapi ada sesutu yang hangat semalam. Penantian 4 tahun untuk naik gaji berakhir semalam. ye! naik gaji 'mandatori' okeh! Alhamdulillah! Sekurang-kurangnya 'cukup' untuk tempoh setahun lagi. Tahun depan kena berjuang untuk naik gaji lagi! P-O-Y-O!
Sebenarnya tungkus lumus menyediakan perakaunan benar-benar menguji ketabahan. Seperti yang saya pernah bilang dulu, saya tak pandai matematik. Pernah satu ketika sampai menitik-nitik air mata aku menyediakan akaun. Makin saya repair makin tak betul. Ibarat tikus membaiki labu okeh! Belajar dari pengalaman-pengalaman tragis itu, aku akan melakukan tugasan ini sedikit demi sedikit tetapi setiap hari. supaya aku tak bingung bila tiba waktu laporan kena hantar.
Entahlah setiap tahun selepas berakhirnya mesyuaeat agung aku berkata dalam hati, cukuplah tahun ini yang terakhir aku buat akaun. Tapi ye! tahun berikutnya masih aku! Sungguhlah!
Syukur rin, akhirnya dapat gak naik gaji. harap2 berita gembira tu berterusan unuk tahun2 akan datang.
ReplyDeleteterer dah ko wat akaun yek. cayalah!!!!
Mal,
ReplyDeleteSetiap thn aku buat mesti jumpa benda baru yg buat aku pening berhari2 memikirkan, nk key-in kat mana. logik ke tidak. aduh!