Pages

Tuesday, May 31, 2011

Cinta vs Sahabat

Tajuk umpama 'budak-budak hingusan' ? Oh ! tidak. Saya menganggap ia tidaklah hingusan kerana saya nak menyingkap tajuk 'hubungan anda atau kita semua dengan sahabat berlainan jantina selepas berkahwin'. Saya fokus pada SAHABAT ye! Bukan bekas teman lelaki atau wanita (tidak masuk dalam topik ini).

Ketika di kampus saya pernah membuat tugasan bertajuk 'Lelaki vs Perempuan : Sahabat atau Cinta' (assigment apa pulak ni!) Bagi penuntut Bacelor Social Work Managent, biasalah! cinta, kenapa seseorang terlibat dengan jenayah! - habis semua dikaji! (teringat seorang kawan yang mengkaji kematian seorang mangsa jenayah dihospital, sudahnya 2 minggu tak lalu makan daging). Sangat menarik tugasan ini, kerana setiap soaljawab dengan 'mangsa ujikaji' memberi pelbagai jawapan yang bersifat subjektif tetapi tidak jauh berbeza dengan kajian dalam buku tulisan Strong, DeVault, Sayad, Cohen yng bertajuk The Marriage and Family Experience mengatakan hubungan persahabatan berlainan berbentuk spontan bukan sebab apa-apa, rasa boleh jadi kawan aku, okeylah ! Selain rasa kepercayaan, rasa hormat antara satu sama lain, dan ia lebih bersifat berkongsi cerita (bergossip) !
Berbeza dengan perasaan cinta yang lebih bersifat terpesona antara satu sama lain dan sense of exclusiveness itu yang kerap terjadi tekanan, konflik, bergaduh berbanding sahabat yang saya kira bersifat selamba.

Persoalannya adakah kita kekal bersahabat?

Atau putus sudah Silaturahhim tau-tau suatu hari nanti anak kita saling bercinta! LOL!

Secara peribadi saya suka pada persahabatan itu diteruskan, tapi dalam ruang lingkup yang lebih luas iaitu kita berkawan denagn pasangan mereka juga. Dan persahabatan saya dengan beberapa sahabat lelaki ketika di alam remaja di kampus hijau itu masih kekal hingga kini mungkin kerana kebetulan mereka berkahwin sesama kenalan di kampus. Selain saya mengangap persahabatan itu berada pada garisan yang satu iaitu Silaturrahim dan ia kekal basah di situ ! Jangan ada sesiapa cuba-cuba PROVOK! 


No comments:

Post a Comment