Pages

Saturday, May 28, 2011

Taugeh O Taugeh!

Gambar dari Google
Siapa tak kenal taugeh ? Saya kira taugeh sayur yang paling murah dan mudah rosak. RM 0.30sen boleh dapat '1 karung' kan? Saya lebih suka membeli taugeh yang kering berbanding yang basah, sebab yang kering lebih tahan lama sikit berbanding yang basah.

Walaumacamanapun, taugeh ni punya banyak khasiat sebab kacang yang bercambah umumnya kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Salah satunya tugas saponi ini ialah menghalau lemak jahat LDL dan tidak mengganggu lemak baik HDL.

Selain itu sifat taugeh yang mengandungi banyak serat air ini membantu membuang kotoran dalam usus besar. Bila kotoran dalam usus besar kurang, maka mudahlah tugas zat dan vitamin untuk diserap oleh badan, ia juga menjadi tunjangutama dalam memerangi kanser kerana taugeh mengandungi zat canavanine yang berfungsi melumpuhkan bibit kanser.

Taugeh juga adalah estrogen semulajadi membantu meningkatkan kepadatan tulang dan susunan tulang serta mencegah kerapuhan tulang atau osteoporosis. Tahukah anda tulang yang kuat juga membantu mengurangkan tekanan akibat simptom pra-menapaus dan gangguan akibat menopaus.

Paling best taugeh juga membantu kita untuk melihatan awet muda selain pengambilan vitamin E, (sempat lagi promote tu!) Wa lah !!







No comments:

Post a Comment