Bila dah habis tugas-tugas audit rasa macam dah tak ada kerja untuk 2011. L.O.L. Rasa-rasa dah kembali normal. Semalam ke kedai buku membeli beberapa buah buku tak termasuk yang dah order dengan Si Azrai tauke buku tu ! (ko jangan bagi kat orang lain buku tu Rai !) Kembali berlari di medan blog yang rasa macam tak berapa feel selagi kerja tak siap.
Nak kongsi sikit apa yang telah aku baca dalam sebuah buku tu mengenai kunci murah rezeki. Harap beri sikit manfaat pada yang membaca. (Sejak bila blog aku ni beri manfaat kat orang? Bukan ke dulu ada orang kata blog aku BLOG SAMPAH?) Ah! Biarkan mereka! Tengok list kat bawah ni. Kalau kita tak boleh buat semua, jangan tinggal semua pulak !
- Tingkatkan iman dan takwa kepada Allah kerana rezeki dari Nya.
- Banyakkan doa
- Rajin-rajin sedekah
- Buat baik kepada ibu bapa. Tak kira ibu bapa sendiri atau mentua. Kalau dah tak de ibu bapa, buatlah baik kepada orang tua.
- Selalu Istifar
- Tunaikan Sholat Dhuha
- Rajin-rajin baca surah Waqi'ah
- Menjaga silaturahim sesama manusia, dengan membuat baik sesama manusia. Bercampur dengan masyarat setempat melalui kegiatan masyarat seperti gotong rayong atau kegiatan keagamaan seperti Solat Berjemaah 5 waktu di Rumah Allah.
- Beri makan pada haiwan. Tapi ada baiknya kita juga beri makan pada haiwan yang tidak boleh kita makan, contohnya kucing.
- Jangan seksa binatang. Bahkan Rasullah juga melarang umatnya menyeksa binatang, seperti dalam satu sesi soaljawab yang saya peroleh disini
- Menunaikan Zakat
No comments:
Post a Comment