Pages

Thursday, May 5, 2011

The Moment Part 1 - Sentimental Value

Apa anda simpan dalam wallet yang anda rasa punya sentimental value ? Secara peribadi, saya masih menyimpan kad matriks ketika menuntut di UUM yang berakhir limitnya pada Mac 2003 dan juga tiket bas dari kampus UUM ke Alor Setar, ketika itu tambang masih RM3.90. Kali terakhir saya menaiki bas itu adalah pada berakhirnya konvo pada 14 September 2003. Jalan-jalan disekitar kampus berseorangan untuk kali terakhir, saya gagal menghidu manisnya 'moment' lalu. Bak kata Saiful Nang, 'moment' adalah sangat penting dalam melahirkan satu fotografi yang indah. Apa kaitan pulak ni? Tak ada kaitan tapi nak tulis jugak.

Mengapa saya meletakkan kedua-dua benda ini dalam wallet saya? Kerana ia umpama sesatu yang memberi satu sinergi pada saya. Seperti tulisan Dr.Tuah Iskandar-Bukit-Pasir yang mengatakan jika kita rasa tak okay carilah apa-apa yang boleh mengimbau ingatan anda semula ke tempat di mana anda bermula.





2 comments:

  1. tempat jatuh lagi dikenang...


    kad matriks saya punya, gambarnya dah kelabu asap..dah tak nampak rupa
    tiket bas tu, kan...memang kena pegang baik2. kan selalunya ada pemeriksa tiket.hehe...saya dah pernah kena marah, tau...

    ReplyDelete
  2. Kak,
    saya punya kad matrik pun dah kabur. tiket bas nostalgia. Rsanya sekarang kalau kena naik bas berhimpit-himpit macam tu mesti lemas. Dulu nk keluar dr lembah sintok punya pasal sanggup aje berhimpit-himpit.

    ReplyDelete