Pages

Tuesday, May 10, 2011

Saya Suka Botox

Tersenyum sendiri bila membaca tentang botox di mukabuku itu. Sebab kita bila sebut botox mesti terbayang difikiran untuk awet muda dan cantik selalu. Tahukah kita botox adalah salah satu 'seni' perubatan estetik untuk merawat penyakit? Contohnya untuk merawat penyakit yang berkaitan otot, contohnya bell's palsy. Apa tu ? Bell's Palsy adalah satu penyakit yang menyerang saraf muka, ini boleh menyebabkan otot muka menjadi lumpuh sebelah atau sepenuhnya. Ia berpunca dari sejenis virus yang memang ada dan tidur dalam saraf kita dan akan bangun apabila kita mengahadapi situasi stress.

Secara peribadi saya memang suka botox.




















Op! yang saya maksudkan adalah botok-botok ikan tengiri.



sorryla gambar tak jelas. lain kali bila masak botox saya ambil gambar betul-betul ye!
Tapi letak le nama glemer dia botox. Orang suntik, kita makan, dengan nasi lagi ! Apa ada dalam botox tu ? Ia gabungan pelbagai rempah ratus bersama parutan kelapa muda disulami ulam-ulaman kampung dan dibaluti daun pisang.
Memang petua awet muda!
Resepi ? tanya En. Google lah ye...
Nak lagi petua awet muda? Meh makan Vitamin E Shaklee !

2 comments: