Pages

Wednesday, May 11, 2011

Sekolah Patut Jual PopCorn !

A-P-A ?

Mengapa?

Tak percaya?

'Jalan-jalan' dalam ruang bacaan yang saya menemui popcorn sebenarnya banyak khasiatnya. O ye! saya maksudkan popcorn ini tidak disira dengan gula dan majerin ye! Tapi kalu di sira dengan butter pada pendapat saya adalah baik untuk kesihatan, kerana butter adalah lemak asli yang tepu berbanding majerin kerana ia melalui proses yang rumit untuk sampai ke dapur kita. Boleh baca kat blog Mak Long.

Kenapa saya kata popcorn sesuai jadi snek untuk anak-anak ke sekolah. Bukan anak-anak aje, kita pun elok makan bertih jagung ye! Mari saya kongsi apa ada dalam popcorn tu. Nak? Tak mau jangan baca. Rien poyo!

Popcorn ni whole grain, ini bermakna orang yang memakannya mengambil masa yang agak lama untuk mengunyah, jadi ia memberi rasa kenyang. Jadi sesuai sebagai alas perut sekiranya waktu makan masih panjang. Senang cakap pada yang berusaha untuk diet boleh cuba makan popcorn okey! Ia mampu mengurangkan risiko pembentukan penyakit berbahaya termasuk, penyakit jantung, kolestrol. kencing manis, obesiti dan beberapa jenis kanser.

Apa Khasiat Popcorn ?

  1. Popcorn juga adalah mengandungi antioksidan yang tinggi yang dikenali sebagai polifenol.
  2. Popcorn juga kaya mineral. 3 auns popcorn boleh membekalkan kanak-kanak yang sedang membesar dengan lebih 1/3 keperluan fosforusnya setiap hari dan 1/5 keperluan zat besi setiap hari.
  3. Popcorn juga adalah sumber protein yang diperlukan oleh tubuh badan setiap hari. Popcorn dikatakan sumber protein yang lebih baik berbanding sayur, roti dan susu. 3 auns popcorn mampu membekalkan 1/6 keperluan harian protein.
  4. Ia juga padat vitamin, 3 auns popcorn membekalkan 1/5 keperluan harian thiamine (vitamin B), sumbangkan vitamin B2 dan niasin.
  5. Kaya kalori kerana kanak-kanak sihat dan aktif memerlukan kalori yang tinggi. setiap 100 gram popcorn mengandungi 404 kalori.
  6. Diet yang hebat kerana apabila kita makan popcorn selepas makan ia akan membuat selera terbantut sebab selulos sekam popcorn terdiri daripada karbohidrat yang tidak hadam. Selulos ini adalah hampas diet yang bagus. karbohidrat boleh hadam pula membekalkan tenaga dan membantu proses lemak secara metabolisme.
  7. Baik untuk gigi. Sebab mengandungi kalsium dan fosforus. Seperti yang kita tahu gigi terhasil dari dua nutrien ini dan boleh terhakis oleh sejenis asid yang terjadi akibat tindakan bakteria terhadap gula. Apa-apa yang kita makan yang mengandungi gula akan menghasilkan asid yang menyerang gigi.
Jom makan popcorn !




No comments:

Post a Comment