Pages

Tuesday, April 12, 2011

Betul Ke Untuk Kesihatan?

Hairan bin ajaib bila banyak sangat produk makanan kat pasaraya yang mengkategorikan produk mereka sebagai makanan kesihatan whole grain (bijian sempurna atau penuh).

Tapi rasanya bukan main manis yang amat. Apa maksud bijirin penuh? Bijian itu mesti mengandungi 3 bahagian bijian iaitu germa, bran dan endosperma. Meh! Saya terangkan menurut sumber bacaan saya yang tak seberapa ni.

Germa- paling kaya dengan vitamin dan mineral. Ia mengadungi sesetengah protein dan lemak yang menyihatkan.
Bran- lapisan yang melindungi isirong (kernel) iaitu fungsinya sama macam isi kacang. Bran kaya dengan nutrien termasuk vitamin B, Antioksidan dan serat.
Endosprema- pula adalah bahagian paling lembut yang membekalkan tenaga yang mengadungi kanji, protein serta sedikit kandungan vitamin dan mineral.

Tapi bab manis yang amat tu adalah tak sesuai untuk kesihatan. Apatah lagi jika kita tengok nilai nutrisi kat belakang pack tu menunjukkan apa yang dikata whole grain terlalu sedikit. Erm...





No comments:

Post a Comment