Bila membaca catatan M-I-O dalam karya terbarunya yang baru keluar dari breadmakernya yang bertajuk Jane-of all-trades mengingatkan aku tentang seorang dua lecturer yang terkesan hingga kini tingkahlakunya. Walau kadang-kadang nampak deviant. Ho! Ho! Ho!
Salah seorangnya biarlah saya namakan dia En. Zorro. Memang tersangat pelik orangnya. Hingga ada yang menggelarkan dia sebagai tak berapa normal. Aha! masih teringat fesyen dia bertali leher. Gemar memilih warna-warna yang tidak senada dengan baju, berbentuk sebesar layar kapal serta berwarna yang menyilaukan mata. Andai terkena pancaran ultra-violet pasti akan memantul balik ke bumi - Sila pakai cermin mata hitam jika tersempak dengan En. Zorro ketika panas terik - pesanan khidmat masyarakat oleh mak cik cleaner.
Selain itu, Beliau juga gemar membawa sikat besar yang diselitkan dalam poket belakang seluar. Gemar membuat sampah merata-rata dalam dewan kuliah, katanya,
"Kalau tak buang sampah, mak cik cleaner tak ada kerja, bila dia tak ada kerja hilang sudah fungsi kitaran sosial"
Namun saya menganggap dia sebagai presentable. Bila berdiri di hadapan dewan kuliah pasti pelajar-pelajar akan ternanti-nanti topik apa dan gossip apa yang nak disampaikan. Ada antara pesan yang aku masih ingat :
"Yang laki-laki dah kawin nanti jangan suruh isteri berhenti kerja dan duduk rumah sahaja, biarkan dia terus bekerja. Tapi bukan untuk menyara kamu! Tetapi sebagai persediaan andai kamu curang!"
Amik kau! gamat satu kelas dengan tepuk tangan pelajar perempuan. Serta laungan boo boo pelajar lelaki.
Bukankah sudah ku bilang dia seorang yang presentable - kehadirannya di dewan kuliah pasti di nanti!
No comments:
Post a Comment