Pada hemat hamba, bangunan SPRM dibina di cerun-cerun bukit yang sukar untuk dilalui. Ataupun bangunannya umpama tebing-tebing sungai yang licin. Kena hati-hati. Bimbang tiba-tiba "terjatuh..." mungkin sebab itu bangunan SPRM perlu dilengkapi dengan CCTV, geregi besi dan sebagainya.
Secara peribadi saya ada pengalaman di soal siasat oleh SPRM sebanyak 3 kali sekitar 2006 berkenaan satu kes yang berkaitan dengan anai-anai suatu ketika dulu. Pertama kali di datangi rasa macam nak menyahut panggilan alam, ada juga terasa macam terlihat kelibat pejabat SPRM itu seperti ada cerun-cerun dan denai-denai yang macam sukar untuk dilalui.
Sungguh!
Kerana aku bayangkan mereka akan soal siasat umpama polis dalam siri Gerak Khas. Ho! Ho! Ho! Aku silap. Aku rasa mereka menyoal siasat umpama cikgu kaunselor sekolah. Cakap lemvut-lemvut, kecuali ko yang cari pasal.
"Boleh tolong saya carikan dokumen itu nin, begitu-begini"
Lalu kita jawab
"Tak tau! bukan kerja saya"
Padahal memang ko yang pegang dokumen tu. Memang carik nahas.
Mereka mulakan 'majlis soal siasat' dengan duduk depan aku sambil minta aku carikan mana plug untuk charge komputer mereka. Sambil mata menghadap komputer sesekali tengok reaksi aku menjawab soalan. Kalau ada dokumen yang diperlukan mereka minta aku cari. Ada yang mereka minta copy dan aku turunkan tandangan glemer aku pada beberapa dokumen.
Bila time lunch dia suruh aku keluar lunch.
Bila tengok mereka cool aku pulak yang lebih-lebih,
"Encik tak keluar makan ?"
Mereka jawab
"Sebelum soal siasat awak saya dah makan kenyang-kenyang, nanti tak ada feel nak soal awak"
Pulak!
Sungguhpun terlihat bagunan SPRM itu penuh dengan cerun, tebing yang licin jika kita berpegang pada satu falsafah untuk apa untuk takut jika jalan yang kita buat adalah lurus,pasti ada jambatan untuk kita lalui dengan mudah.
kalau dah tak buat salah, apa nak takut. org2 biasa jumpa org sa;ah nie, takyah bgtua pape, gabrah semacam jek derang dha leh tau ada yg tak kena. cuma nak dpt bukti utk kes rasuah nie mmg susah sbnrnya.
ReplyDeleteMarDiah,
ReplyDeleteSaya setuju susah untuk carik bukti kes rasuah ni. Cz kdg2 rasuah bukan setakat berbentuk duit sahaja.