Pages

Wednesday, June 22, 2011

Minggu 'Marathon' De Greek Man!

Bila Kak Chik es-em-es tanya aku sihat ke tak, tahulah aku sebenarnya dia bermaksud ' nape lama tak up date blog?'.
Aku umpama Marathon minggu ni. Memenuhi jadual Mesyuarat Agung sana sini. Tau tak sapa tu Marathon? Oooo korang cuma tau Larian Marathon aje ye?
Ok nak cerita sikit pasal Marathon ni, mengikut sejarah Marathon adalah pemuda Greek yang telah di arahkan oleh rajanya untuk meminta bantuan kerajaan Sparta kerana negaranya akan di serang oleh Tentera Normandic. Jarak antara Greek dengan Sparta macam dari Johor Bahru Ke Muar. Tetapi Marathon ni tak de kenderaan cuma berlari berbulan-bulan la. Sampai di Sparta dan setelah menghulurkan warkah Raja Greek kepada Raja Sparta Marathon pun rebah dan meninggal. Bila bantuan tentera dari Kerajaan Sparta sampai, Greek yang cuma terdiri dari petani dan peniaga berjaya tumpaskan tentera Normandic yang brutal.

Balik semula cerita asal. Semalam ada dua mesyuarat. Mujur tidak sampai petang, lepas jamuan terus aku pulang ke rumah. Rasa tepu dan senak kepala sekejap! Sebab  'menu' mesyuarat seolah-olah beri aku kuasa untuk hentikan khidmat dua syarikat yang telah berbelas tahun bersama. Aku sebenarnya mahu 'mereka'  terus bersama, cuma PERLU DUDUK BERBINCANG, BERKATA APA YANG KITA MAHU DARI MEREKA!. Ada beberapa sebab pada aku mereka patut 'terus bersama'.
 
Selain itu belanjawan mengatakan akan bercuti ke luar negara. Ah! Ah! Ah! selaku seorang yang 'KAYA' dan 'TERLALU BANYAK DUIT' buat aku termenung, nak pegi ke tidak! Maklumlah walau sebahagian ditanggung tapi sebahagian lagi perlu dari poket sendiri ! Aduh!



No comments:

Post a Comment